Latest News

Kemelut MB Selangor: PKR Perlekeh Pas

PKR Perundagan PKR Aziz Bari, memperlekeh keputusan JKP Pas yang melakukan pusingan U berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Aziz, apabila Wan Azizah mendapat 30 sokongan ADUN PKR-DAP dan Dua Adun Pas, maka "Game Over" bagi Khalid Ibrahim.

Keputusan JKP Pas pada 17 Ogos, tidak lagi bermakna, atas sebab Wan Azizah mempunyai sokongan yang diperlukan untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Ekoran keputusan JKP Pas itu, bukan sahaja Presiden Pas, Muryidul Am Pas, Majlis Syura, Ulamak terpaksa menelan kahak sendiri, akan tetapi mendapat oenghinaan daripada PKR.

Dalam masa seminggu, pemimpin PKR dan DAP menghentam kepimpinan Pas; namun parti itu masih berpihak kepada dua parti itu. Nampak sangat Pas, terpaksa melutut dan angguk kepada PKR dan DAP.

Pas kini, macam sebuah parti yang tidak bermaruah lagi; atas sebab itu; apa sahaja keputusannnya bakal atau tidak akan dihormati atau diambilkira oleh PKR dan DAP.

Jika berlaku pilihanraya, adalah pasti bukan sahaja pemimpin PKR dan DAP akan tetapi penyokong dua parti itu akan memastikan bahawa calon-calon PAS yang tidak sebulu dengan mereka dipastikan kalah, sebaliknya yang sebulu itu sahaja yang disokong. Sebaliknya Pas pula, baik pemimpin mahupun penyokongnya akan bermatian-matian menyokong calon-calon dua parti itu.

1 Response to "Kemelut MB Selangor: PKR Perlekeh Pas"

Anonymous said...

Biarlah TSKI mengadap DYMM dan jika betul TSKI hilang majoriti, DYMM kena fikir dan buat keputusan samada nak bubar DUN atau TSKI letak jawatan MBnya serta kabinetnya. Undang2 tubuh tak beri hak Dato Seri Wan Azizah jumpa DYMM hanya TSKI (pi baca undang2 tubuh).
Bilamana DYMM putus tak mahu bubar DUN, TSKI hendaklah letak jawatan. Masa tu barulah DSWA bole mohon mengadap Tuanku. Kalau DYMM putuskan bubar DUN, takpayahlah DSWA jumpa Tuanku.
Persoalannya, isu sokongan majoriti nak tunggu DUN bersidang dan dibuat disidang DUN itupun satu isu undang2. Kalau saya punaisihat, saya rasa elok dan sempurna buat masa sessi DUN kerana keputusannya jelas/ muktamad tidak ada sekejap ada majoriti kemudian tak ada majoriti.

Blog Archive