Friday, August 08, 2014

Anwar Perlekeh Majlis Syura PAS

"Majlis Syura PAS bukan Majlis Syura Pakatan" Anwar. "Pas bukan membuat keputusan untuk PKR" sambung Anwar lagi.

Awal minggu ini, Majlis Syura PAS mengeluarkan kenyataan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan menolak Wan Azizah Wan Ismail isteri Anwar untuk menggantikannya.

Perbalahan antara PAS dan PKR berikutan tindakan Anwar mengumumkan secara persendirian pergantian MB Selangor, tanpa berunding dengan para pemimpin PAS. Perlantikan MB Selangor, adalah persetujuan antara PKR-PAS-DAP. Pada PRU-13 lalu, walaupun Khalid yang mewakili PKR yang hanya mempunyai 14 kerusi DUN, berbanding PAS 15, namun PAS memberi laluan kepada Khalid Ibrahim, untuk menjadi MB Selangor bagi penggal kedua.

Anwar berusaha berbagai cara untuk menggantikan Khalid, termasuk langkah Kajang; namun Khalid tidak pernah akur dengan rancangan Anwar itu.

Perkembangan yang meliputi kemelut pergantian MB Selangor, telah menyaksikan para pemimpin PKR mendedahkan berbagai tuduhan/dakwaan terhadap Khalid; malah pemimpin parti itu yang diketuai Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution ALL OUT mempersoal kredibiti Khalid. Pendedahan berkaitan Khalid, seolah-olah MB Selangor itu, musuh nombor wahid para pemimpin PKR pada masa ini.

Para pemimpin PKR seolah-olah hilang arah tujuan, sehingga membawa-bawa SPRM dalam kancah kekusutan politik dalam PKR; malah Anwar sendiri memperlekeh MAJLIS SYURA PAS yang diketuai Mantan MB Kelantan Dato Seri Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursidul Am Pas.

8 comments:

Anonymous said...

Pakatan carca marba...hasil nafsu Nuar yang giler kuasa Parti Kencing Rakyat....

Anonymous said...

Betul ke laporan tu ..... ke fitnah yang datang dari monafik untuk melaga-lagakan . Yang penting Khalid mesti letak jawatan atau dipecat . Konsesus mengatakan MB Selangor adalah PKR . MSU tiada hak menjatuh hukum pada parti lain , kecuali keatas parti PAS saja . Memang betul nanti lama-lama MSU hilang kredebiliti apabila mencampuri urusan orang lain , rakyat pun tidak hormat MSU lagi .... ini kena jaga maruah MSU . Pandangan rakyat pada MSU tidak lebih macam sampah . Hati-hati jangan campur urusan orang lain .

Anonymous said...

....ini srmua pasal lubang jubo....srmua jadi lintang pukang....kah kah selamat bergaduh dan maki hamun....sila saman menuaman sesama sendiri.....cili sama minyak kits kasi taruk.....

Anonymous said...

Kalau kes Khalid Ibrahim nak cepat. Kalau kes Anwar Ibrahim nak tangguh.

lan...

Anonymous said...

MACAI
M - manusia
A - angguk
C - cakap
A -Anwar
I - Ibrahim

Anonymous said...

Macai PKR all out nak telanjangkan TSKI tapi pekung jijik Anwar Aljuburi macai tak nampakpun

Anonymous said...

Pelikkan..kes khalid mesti cepat..kes liwat dia tangguh lagi...tapi penyokong tetap sokong..kesian betul..ada otak aje..tapi akal kosong..

Anonymous said...

Majlis Syura Ulama' memang tiada hak atas PKR, tetapi berhak atas pendirian PAS.

Namun begitu PKR juga tidak ada hak atas jawatan MB Selangor. Sejak bila PR menetapkan konsensus yang MB Selangor adalah PKR?

Dalam hal ini yang hilang kredibiliti adalah PKR. TSKI adalah bekas ahli PKR. Baik buruk beliau menghilangkan kredibiliti PKR bukan PAS.

Jika PKR tahu masalah TSKI, mengapa baru sekarang nak menyelesaikannya? Isu hutang Bank Islam adalah sebelum 2008 lagi. Mengapa TSKI masih dilantik MB atau menjadi calon?

Isu penggantian/perlantikan MB Selangor adalah hak PAS sebagaimana ianya hak DAP dan PKR. Setakat ini tiada keputusan dari DAP (mereka hanya mesyuarat 10/8) dan PAS (mesyuarat 17/8), tiba-tiba PKR mengisytiharkan yang PR telah buat keputusan. Mengapa begitu?

Langkah Kajang sepatutnya melibatkan PR keseluruhan, mengapa PKR buat keputusan bersendirian?

Hal ini menyebabkan rakyat tidak menghormati PKR, bukan majlis syura.

Blog Archive