Latest News

PRK Teluk Intan: Dyana Sesuai PA Kit Siang Tidak Sesuai Wakil Rakyat

Pengundi Teluk Intan perlu sedar, bahawa pengalaman Dyana Sofya Mohd Daud hanya berkhidmat dengan seorang pemimpin DAP.

Perkhidmatannya belum menyeluruh; belum ada pengalaman berkhidmat dengan rakyat. Tiadapun jawatan dalam parti yang memerlukan hubungan timbal balas; pengalamannya hanya one way, iaitu melalui arahan, atas sebab, kapasatinya sebagai Pembantu Peribadi Lim Kit Siang bagi Parlimen Gelang Patah, Johor. Peranannya sebagai PA, hanya mendengar maklumat orang ramai untuk disampaikan kepada Kit Siang, kemudian menyampaikan keputusan Kit Siang kepada orang-orang berkenaan. Dyana hanya sebagai post, ertinya perkhidmatannya tidak boleh menggambarkan keputusan secara individu, melainkan atas pengaruh orang lain.

Atas sebab itu, semasa kempen di Teluk Intan, apabila wartawan bertanya sesuatu yang memerlukan jawaban, Dyana tidak dapat menjawab, atas sebab jawapannya semua melalui remote control daripada Bossnya Kit Siang.

Rakyat atau pengundi Teluk Intan, perlu tahu bahawa mengundi Dyana, dan mungkin menyebabkan dia terpilih sebagai wakil rakyat, adalah merupkan pilihan yang merugikan pengundi sendiri. Dyana tidak sesuai sebagai wakil rakyat; sebaliknya hanya sesuai sebagai Pembantu Pribadi Kit Siang.

Rakyat akan merasakan, bahwa mengundi Dyana, merupakan undi sia-sia; atas sebab perjuangan Dyana sebenarnya hanya merupakan perjuangan lakonan. Tujuan DAP mencalokan dia sebagai calon adalah semata-mata untuk mendapat tambahan undi daripada kaum melayu, bagi menutup pengundi cina yang berpindah menyokong Bn.

2 Responses to "PRK Teluk Intan: Dyana Sesuai PA Kit Siang Tidak Sesuai Wakil Rakyat"

Anonymous said...

Kenapa tak sesuai? Kat T'ganu tu tak lulus SPM boleh pulak jadi wakil rakyat, lantik jadi exco lagi. UMNO semua boleh????? Parti lain tak boleh?????? Kapla bapak kau laa. Yg sekor lagi tu, tak lulus SPM jugak, boleh lak lantik jadi Pengerusi. Dey poodah lah lu.

Anonymous said...

"....bagi menutup pengundi cina yang berpindah menyokong Bn."

wakakakakakaa!...bro, lu mimpi ke mengigau nih?

Blog Archive