Monday, May 19, 2014

PRK Telok Intan: DAP Bakal Kecundang-Kerana Krisis Dalaman

Dyana (kiri) Datuk Mah Siew Kong (kanan) satu lawan satu PRK Telok Intan
Penamaan calon PRK Telok Intan berlangsung hari ini bertempat di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak. BN bakal diwakili Presiden Grekan Datuk Mah Siew Kong, 53 manakala DAP diwakili peguam muda dan Setiausaha Politik Lim Kit Siang Dyana Sofya Mohd Daud,27.

Jika tiada calon bebas, maka bakal berlaku pertembungan satu lawan satu antara BN dan DAP.

Pemilihan Siew Kong, selain sebagai mantan MP kawasan itu, juga sebagai mantan Timbalan Menteri kerajaan Persekutuan untuk dua penggal, sehingga tahun 2008. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Gerakan, sebelum mengambil alih Presiden parti itu pada oktober 2013.

Di kacamata BN, Siew Kong merupakan pilihan tepat, atas sebab beliau merupakan anak tempatan selain mempunyai pengalaman luas, serta mempunyai kelayakan daripada segi akademik.

Manakala Dyana dipilih sebagai strategi DAP mengurangkan ketegangan dalam parti itu di peringkat negeri. Perbalahan antara dua sepupuh Nga dan Ngeh dengan kumpulan MP Ipoh Barat N. Kulasegaran telah berlarutan sejak tahun 2008, menyebabkan pucuk pimpinan DAP memerlukan orang ketiga yang bersifat berkecuali untuk menjadi calon.

Sebelum pemilihan Dyana, Kumpulan Nga dan Ngeh mahukan pembantu kepada Nga Chong Ze Min dipilih sebagai calon, manakala kumpulan Kulasegaran mahukan pencaramah popular Hew Kuan Yew dipilih sebagai calon.

Melihat kepada perbalahan antara dua kumpulan dalam DAP itu, maka dipilihlah Dyana, selain bertujuan meredakan ketegangan dalaman parti, juga dikatakan untuk menecrminkan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum.

Pengundi Telok Intan yang berjumlah 60,339 terbahagi kepada 42 kaum cina, 38 peratus kaum melayu dan 19 peratus kaum india. Komposi pengundi berasaskan kaum dapat dilihat pada tulisan AYT sebelum ini DISINI

Melihat kepada keadaan semasa, dan juga faktor Pilihanraya kecil, nampaknya BN mempunyai peluang untuk merampas kawasan itu. BN hanya memerlukan tambahan 4,000 undi daripada kaum cina dan mempertahankan jumlah undi yang diberikan kaum itu kepada calon yang sama pada PRU-13. Jumlah itu boleh diperolehi, memandangkan pengundi yang sama juga pernah mengundi Siew Kong pada PRU-2004 dan 2008. 

Walaupun pada PRK kali ini, DAP adalah penyandang kerusi, akan tetapi faktor PRK, selain pengundi sudah mengetahui, bahawa kerajaan Persekutuan adalah parti BN, demikian juga di peringkat negeri diterajui oleh parti BN.

Trend pengundian pada PRU 2008 dan 2013 adalah pengundi berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat dapat menumbangkan kerajaan BN, namun pada PRK kali ini, pemenang tidak mengubah status quo. Atas sebab itu, kemungkinan besar pengundi akan memberikan undi kepada calon BN, atas faktor bahawa BN merupakan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Pimpinan DAP telah melihat bahawa undi kaum cina yang diperolehi pada PRU-13 tidak akan berulang, atas sebab itu parti itu mahu mengubah selera pengundi dengan mencalon melayu bagi menarik pengundi melayu. Namun, usaha itu, tidak akan mengubah trend pengundian kaum melayu, atas sebab, Dyana diyakni hanya sebagai alat untuk mencapai tujuan DAP bagi melemahkan atau menghancurkan melayu.

Pengumuman Dyana sebagai calon parti pada Sabtu, tanpa dihadiri oleh pemimpin akar umbi parti itu, memeperlihatkan, bahawa belaku protes daripada jentera parti itu. Keadaan ini lah yang memparahkan lagi peluang Dyana yang julungkali mencuba nasib dalam pilihanraya.

Nota: Telah sah bahawa PRK Telok Intan DAP lawan BN, tanpa calon lain.

No comments:

Blog Archive