Pada PRU-13, jumlah keseluruhan pengundi Telok Intan 60,483 dengan komposisi kaum cina 25,400 (42 peratus); melayu 22983 (38 peratus) dan india 11490 (19 peratus); manakala yang membuang undi cina 20512, melayu 18559 dan india 9768. Daripada jumlah itu yang mengundi DAP 27399 dengan pecahan cina 17435, melayu 4268 dan india 5696; sementara yang mengundi BN 20086 dengan pecahan cina 3077; melayu 14291 dan india 4072.
Bagimana calon BN boleh menang? Memandangkan calon BN adalah Presiden Gerakan dan mantan MP kawasan itu selain anak tempatan; sudah tentu mengenali ramai pengundi terutama daripada kaum cina. Kunci utama kemenangan calon BN adalah untuk meningkatkan undi daripada kaum cina sekurang-kurangnya dalam lingkaran 4,000 undi selain mempertahankan undi yang diperolehi pada PRU-13 lalu. Trend pengundian melayu dijangka tidak banyak berubah walaupun DAP mencalonkan kaum melayu melalui wanita muda Dyana Sofya Daud, 27.
Sekiranya BN mampu menambah undi daripada kaum cina, maka besar kemungkinan BN dapat merampas kawasan itu. Antara faktor yang boleh mendorong ke arah itu adalah faktor PRK. Suasana PRK adalah berlainan dengan PRU, kerana kini sudah diketahui parti mana yang memerintah.
Kebiasaannya, pada setiap PRK, pemenang adalah berpihak kepada parti pemerintah, kecuali bagi kawasan-kawasan yang memang wilayah dan kawasan kubu kuat sesebuah parti. Parlimen Telok Intan, walaupun dimenagi DAP pada PRU-2008 dan 2013, namun kawasan itu bukanlah kubu kuat DAP, kerana sebelum itu kawasan itu adalah wilayah Gerakan.
Jurukempen BN sudah tentu mempunyai strategi bagaimana mencatur 37 pusat daerah mengundi bagi kawasan itu, kerana sudah tentunya mereka mengetahui kelemahan dan kekuatan masing-masing PDM. Jika kempen berjalan sesuai dengan strategi dan perancangan yang betul tidak mustahil pada 31 Mei, P76 Telok Intan akan kembali kepada pangkuan BN.
1 comment:
Track record DS Najib sepanjang setahun lepas amat baik lebih2 lagi dengan lawatan Obama. Walaupun kaum Tionghua lebih menyokong PR, sebenarnya mereka tahu hanya BN yang boleh meningkatkan pencapaian ekonomi mereka. Tidak banyak yang DAP boleh lakukan pada mereka. Sebenarnya berdasarkan statistik, jaum Tionghua lebih maju di bawah BN. Hanya ada segelintir orang UMNO yang tidak baik. Sepanjang setahun dua lepas, tiada pun isu2 tidak baik melibatkan BN.
Post a Comment