Thursday, May 08, 2014

PRK Bukit Gelugor Dan Teluk Intan: Untuk kesekian Kali BN Adalah Underdog

Parlimen Bukit Gelugor kosong, atas sebab kematian penyandangnya Karpal Singh pada pagi 17 April akibat kemalangan jalanraya. Manakala Parlimen Teluk Intan kosong juga atas sebab kematian. Penyandang kerusi itu Mah Siew Keong meninggal kerana kanser pada 1Mei lalu. Kedua-kedua kerusi itu adalah kerusi DAP. Pada PRU 13 lalu, Karpal menang dengan majoriti lebih 40,000 undi, manakala Siew Keong menang dengan kelebihan lebih 7,000 undi; kedua-duanya mengalahkan calon Barisan Nasional.

Atas kertas, Bn tiada mempunyai peluang di Bukit Gelugor, manakala di Teluk Intan, keadaan dikatakan 50-50; namun berasaskan keadaaan semasa, calon Bn bagi kedua-dua kawasan itu adalah calon-calon underdog.

Seperti di PRK Kajang, calon Bn dari awal-awal lagi dinyatakan tidak berpeluang untuk menang, atas sebab itu berbagai pihak dalam Bn, meminta agar PRK itu tidak ditandingi calon Bn. Akan tetapi, alasan yang diambil pucuk pimpinan untuk bertanding di Kajang adalah mengambil peluang untuk menerangkan polisi-polisi kerajaan kepada rakyat.

Pada PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan, jika BN mengambil keputusan bertanding, kemungkinan akan memberikan alasan yang sama, iaitu menggunakan masa berkempen untuk menerangkan polisi polisi kerajaan, terutama berkaitan GST dan TPPA.

Tidak seperti sebelum tahun 2008, PRK pada kebiasaannya akan dimenangi calon-calon Bn, namun selepas itu, calon-calon Bn tidak lagi berpeluang berbuat demikian, kecualilah kawasan itu memang kawasan Bn. 
 
PRK Bukit Gelugur dan Teluk Intan, tidak mengubah status quo di Dewan Rakyat. Siapapun yang menang, tetap sahaja keududukannya demikian, kecuali, jika Bn menang, maka menyuntik moral kepada gabungan 13 parti itu, bahawa kawasan bermajoriti kaum cina boleh ditawan. Manakala, jika calon PR menang, maka mengesahkan sekali lagi, bahawa pengundi cina memang telah memutuskan telah berpatah arang dengan Bn.
 
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memutuskan bahawa hari pengundian di Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei, manakala di Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei.

1 comment:

Anonymous said...

Dahsyat betul, Mah meninggal dan bertanding semula.

Blog Archive