Memang benar, bahawa Pengerusi Majlis Keselamatan Sabah adalah Ketua Menteri. Akan tetapi penjawat yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keselamatan adalah Ketua Polis Negeri. Jika sekiranya, ada pihak yang menyalahkan Ketua Menteri Sabah, jika ada masalah keselematan seperti penculikan, perompakan, pencurian atau pembunuhan, sebenarnya ianya terlepas daripada tugasan Pengerusi Majlis Keselamatan.
Peranan/tugasan Pengerusi Majlis Keselamatan adalah daripada segi keputusan pelaksanaan/perancangan/strategi yang akan diambil oleh pasukan keselamatan sesuai dengan perancangan.strategi yang dikemukakan oleh Ketua polis negeri. Sebagai contoh, jika Ketua polis mengemukakan bahawa untuk memperlancar operasi, maka diperlukan penambahan asset atau jumlah anggota, maka di situlah, Pengerusi Majlis Keselamatan mempunyai peranan.
Operasi keselamatan sepenuhnya adalah tanggungjawab Ketua Polis Negeri, atas sebab itu, jika ada pihak yang menuding jari kepada Pengerusi Keselamatan, bahawa atas kekurangan atau kelemahan yang ada padanya, maka keselamatan negeri tergugat; misalnya berlakuknya penculikan atau tindakan-tindakan jenayah lain, tudingan itu sebenarnya salah alamat. Demikian juga, jika ada pihak yang menuding kepada Menteri yang bertanggungjawab berkaitan pasukan polis, maka atas kelemahan menteri itu, maka berlakunaya kegiatan jenayah. Tudingan itu juga adalah salah alamat. Atas sebab, agensi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negera adalah pasukan polis, kemudian dibantu pasukan lain, seperti Tentera.Tentera mempunyai tugasan untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan atau serangan daripada pihak luar.
Penculikan dalam negeri yang berlaku di Sabah, bukan sahaja mencabar pihak polis juga pasukan tentera, atas sebab penculik dikatakan adalah orang asing, masuk ke negeri dan kemudian membawa keluar mangsa. Tindakan asing memasuki negeri ini, sebenarnya tanggungjawab penuh pasuk tentera terutama Tentera laut atau tentera yang mengawal sempadan negara/negeri.
Alasan bahawa luas dan panjangnya pantai Sabah yang meliputi 1,400km menyebabkan pasukan keselamatan yang mengawal sempadan mudah diveroboh, bukanlah terletak kepada Pengerusi Majlis Keselamatan negeri, akan tetapi terletak kepada Ketua Angkatan Tentera Negara. Demikian juga, berjayanya penculik menceroboh, bukannya atas kelemahan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan, atas sebab Ketua Menteri atau Menteri bukannya bertanggungjawab terhadap operasi/strategi, akan tetapi hanya berperanan dalam segi polisi yang berhubungan dengan penambahan asset atau polisi yang berhubungan dengan Perlembagaan negara serta sistem yang diamalkan negara.
Penculikan di Sabah, bukannya perkara baru, kerana sebelum ini pun beberapa penculikan telah berlaku.Namun, sebelum itu, penculikan hanya berlaku di kawasan-kawasan yang jauh daripada darat, namun sejak akhir-akhir ini, berlaku pula penculikan yang berdekatan dengan darat; dan yang terbaru di pulau Baik, Silam Lahad Datu.
Penculikan di darat kalau difikirkan memang agar sukar, memandangkan adanya ESSCOM/ESSZONE; di mana melalui benteng depan pertahanan negara dilengkapi dengan berbagai asset dan jumlah anggota yang ramai; namun, disebabkan penculikan merupakan BENTUK BISNES BARU, maka yang terlibat dengan kegiatan itu, merekrut rangkaian dalaman. Sama seperti rangkaian pengedar dadah, berbagai cara digunakan oleh sindiket termasuk keldai dadah, menelan dadah dan semacamnya untuk mengabui pasukan keselamatan. Mengedar dadah diancam hukuman mati, namun ada juga melakukannya, atas sebab bisnes seumpama itu membawa pulangan yang lumayan.
Penculikan di Sabah sudah menjadi bisnes baru, atas sebab pulangan yang lumayan. Kini, target penculik, bukan lagi rakyat barat atas sebab rakyat barat tidak mempunyai pulangan yang lumayan, kerana biasanya wang tebusan tidak dibayar. Di sebaliknya, rakyat China atau Taiwan jadi tumpuan, atas sebab keluarga mangsa daripada negera-negara itu sanggup membayar wang tebusan.
"Penguasaha" Penculikan, memang berjiwa bisnes, kerana mengetahui maklumat bahawa negeri/negara ini menjadi tumpuan pelancong daripada China atau Taiwan. Mereka tahu, walaupun tidak semua pelancong adalah kaya raya, akan tetapi, namanya juga bisnes, kadang untung kadang rugi atau kadang impas.
Sebenarnya, penculikan di Sabah, bukanlah ancaman keselamatan, akan tetapi merupakan bisnes baru bagi mereka yang menjadikan penculikan sebagai perniagaan baru.
Siapapun yang menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan Sabah/Negara; kegiatan ini akan tetap berlaku, walaupun, laut Sabah yang mendepani Filipina di rantai dengan pasukan keselamatan; kerana peniaga baru itu, ada sahaja muslihatnya untuk berjaya. Analognya, sama dengan pengedar dadah, berdekad dibendung, akan tetapi saban hari kita mendengar puluhan juta harga dadah berjaya dirampas, ironnya, di pintu masuk negara.

No comments:
Post a Comment