Wednesday, May 07, 2014

Penculikan Di Sabah- Satu Bisnes Baru

ESSCOM/ESSZONE ditubuhkan sebaik sahaja kejadian Kampung Tanduo Lahad Datu diambang pilihanraya 2013. Malah sebelum kejadian itu, Anwar sibuk dengan celotehnya, Najib Goyang Sebab Sabah bakal hilang.

Esscom/Esszone yang meliputi pantai 1.400km, daripada Kudat hinggalah ke Tawau, merupakan kawasan yang berdepan secara langsung dengan negara jiran Filipina terutama bahagian miskin negara itu Selatan Filipina. Selatan Filipina juga merupakan kawasan yang senantiasa bergolak sebelum Filipina mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol.

Masalah mundu atau lanun laut bagi kawasan itu, sebenarnya bermula sejak tahun 70-an; malah tahun 1985, sebuah Bank di Lahad Datu dirompak oleh lanun. Tahun-tahun berikutnya, masalah keselamatan di kawasan itu semakin meruncing, malah beberapa tahun berlakunya perintah berkurung.

Puncak penculikan di kawasan itu adalah pada tahun 2000, apabila lebih dua puluh orang di culik di pulau Sipadan, kawasan peranginan dasar laut tersohor di negara ini. Pembebasan tebusan itu, dikatakan berlaku apabila bayaran pampasan yang berjumlah sangat besar.

Bayaran pampasan yang besar itu, menjadi katalis atau pendorong kepada lanun atau penculik menjadikan kerja menculik sebagai satu bisnes. Seperti pengedaran dadah meskipun membawa hukuman mati, namun kerana mampu mendatangkan hasil yang lumayan, maka ditempoh oleh mereka yang menggandaikan nyawa. Demikian juga penculikan di kawasan Pantai Timur Sabah, kerana kerja menculik boleh mendatangkan hasil yang banyak, maka sejauh mana usaha menjaga kawasan itu, tetap ada sahaja berlakunya penculikan.

Kini, penculik mensasarkan kepada warga China, atas sebab warga barat tidak membawa "value" yang tinggi kepada mereka, kerana warga barat, tidak gemar membayar wang tebusan; sebaliknya warga cina atau Taiwan, lebih suka membayar wang tebusan untuk menyelamatkan mangsa.
 
Sejauh mana Esscom/Esszone berjaya membendung bisnes baru ini? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive