Kerana Dyana- Hadi Terpkasa Tangguh Pembentangan Undang2 Hudud Di Dewan Rakyat |
Hebat sungguh Dyana Sofya Mohd Daud. Atas sebab calon DAP itu bertegas tidak akan menyokong Undang-undang Hudud yang bakal dibentangkan PAS di Dewan Rakyat pada Jun, maka PAS terpaksa menangguhkan pembentangan itu.
Dyana calon DAP memang melayu, tetapi melayu moden. Kalaulah Dyana daripada parti Umno, sudah tentu beratus ayat al-qur'an serta hadis sudah bertaburan daripada mulut lebai-lebai Pas, atau pencacai mereka; berkhutbah sana sini; mengutuk, mencercah dengan berbagai dalil seolah-olah mereka itu sudah menjadi Tuhan, mampu menghukum manusia ciptaan Tuhan.
Disebabkan Dyana adalah calon parti teman karib PAS, maka undang-undang hudud yang mereka war-warkan akan dibentangkan di dewan rakyat, bagaikan debu, ditiup terbang begitu sahaja. Di sini, umat islam perlu mengambil iktibar, bahawa PAS bercakap soal Hudud, bukannya kerana agama, akan tetapi politik.
Adalah pelik, bagaimana Hadi Awang terpukau dengan kehadiran Dyana? Kalaulah Hadi itu adalah berjuang atas nama agama, sudah tentu, tidak akan terpukau? Apakah kerana kecantikan Dyana, Hadi dan ulamak Pas, tidak mampu berfikir lagi, sebaliknya air liur senantiasa mengalir!!!
1 comment:
admint jangan menyiarkan berita fitnah, tidakkah kamu takut dengan azab neraka Allah
Post a Comment