Latest News

Sodomi II: Peguam Anwar Kemuka 35 Asas Perundangan

TIDAK diketahui butiran yang terkandung dalam 35 asas perundangan yang difailkan peguam Anwar bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan, untuk mengenepikan sabitan 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu, atas sebab meliwat.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya peribadinya Mohd Saiful Bukahri Azlan pada 26 Jun 2008 di sebuah Kondominum, di Bukit Damansara antara pukul 3.01-4.30 petang.

Sebelum dihukum penjara, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar secara teknikal pada 9 Januari 2012; namun keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan, atas sebab Hakim yang membuat keputusan itu melakukan kesilapan fatal, menginterpersi fakta kes.

Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu, perlu dikemukakan hari ini seebelum jam 6 petang, jika tidak Anwar akan masuk penjara. 

0 Response to "Sodomi II: Peguam Anwar Kemuka 35 Asas Perundangan"

Blog Archive