Thursday, April 10, 2014

MH370: Teknologi Canggih Masih Gagal Kesan

Ocean Shield salah satu kapal yang digunakan mencari MH370 yang hilang misteri sejak pagi 8 Mac bersama 239 penumpang termasuk kru  yang berlepas daripada Kuala Lumpur tujuan Beijing . Kapal ini menunda sejenis alat yang dicpta khas mengesan signal Kotak Hitam. Selain kapal ini, kapal lain yang menggunakan teknologi yang sama HMS Echo. HMS Echo juga dilengkapi sonar untuk mengesan bangkai atau serpihan di dasar laut. Untuk sementara, hanya Ocean Shield dan Haixun 01 berjaya mengesan pings daripada Kotak Hitam. Walaupun demikian, tiada sebarang serpihan yang boleh dikaitkan dengan MH370. Inilah yang menyebabkan kehilangan pesawat itu misteri. Pengalaman mencari bagi kemalangan pesawat sebelum ini, adalah pasukan pencari berjaya terlebih dahulu menjumpai serpihan pesawat sebelum mencari Kotak Hitam; namun bagi MH370, usaha adalah sebaliknya, atas sebab hampir sebulang pencarian serpihan atau tanda-tanda lain yang boleh dikaitkan dengan MH370 semuanya gagal. 

Walaupun, beberapa signal yang dikaitkan dengan kotak Hitam dikesan, akan tetapi masih ramai yang meraguinya; atas sebab tiada sebarang bukti serpihan yang mengikuti temuan itu. Atas sebab itu, walaupun usaha pencarian ditumpuhkan di Lautan Hindi, sekarang ini di kawasan 1,770 km North West Perth, ada yang juga percaya, bahawa pesawat itu tidak terhempas di kawasan itu; malah Russia menganggap, bahawa pesawat itu sebenarnya berada di Pakistan, satu kawasan yang dikontrol Taliban. Ada juga masih percaya bahawa pesawat itu sebenarnya berada di hanger pesawat pangkalan laut Amerika di Diego Garcia. Tujuan menghilangkan pesawat MH370, adalah satu konspirasi teknologi tinggi abad ini, selain bertujuan lain seperti urusan ekonomi. Terlihat benar, bahawa Amerika, walaupun membantu, akan tetapi semacam membantu seperti melepaskan batuk ditangga. Nampak sangat gaya negara kuasa besar itu, seolah-olah turut menyembunyikan sesuatu.

Walaupun pencarian MH370 adalah yang paling misteri dan termahal abad ini dalam operasi mencari kemalangan pesawat, nampaknya Amerika hingga kini, belum memberikan sebarang maklumat berbentuk apapun berkaitan pesawat malang itu.  Inilah yang faktor yang sangat mencurigakan.

No comments:

Blog Archive