Adalah suatu yang menakjubkan, bagaimana pesawat MH370 boleh memilih tempat yang sangat sukar untuk dicari. Melihat gambaran lokasi di mana pesawat malang itu kemungkinan terhempas, bukan merupakan satu kebetulan, melainkan memang satu perancangan. Jika pesawat itu terjunam pada satu gaung dasar laut yang dikenali sebagai Diamantina trench, besar kemungkinan kehilangan pesawat dengan 239 penumpang termasuk kru akan menjadi misteri selama-lamanya. Dengan kedalaman 19,000 kaki, tiada peralatan lagi yang ada mampu mencapainya, tidak juga Remus dan remura kenderaan bawah laut yang digunapakai mencari AF447 tahun 2009. Setiap juruterbang yang terlatih, setidak-tidaknya tahu, lokasi-lokasi pelik dalam peta dunia; dan jika pesawat terhempas dilokasi itu, maka pusara tanpa nisan bakal wujud. Pencarian MH370 sudah 31 hari, tiada sebarang clue, kecuali 3 pings yang dipercayai daripada kotak hitam pesawat itu, namun kini pancarannya tidak dikesan lagi.Memang benar berbagai teknologi digunakan, baik di udara mahupun dasar laut. Britin telah mengirim HMS Echo dan HMS Tireless, tetapi dikatakan mempunyai misi rahsia, yang engan berkongsi banyak dengan pengetahunan orang awam. Jikalah demikian, mungkin sahaja, pencarian pesawat MH370 bisa dijumpai dua kapal Britin itu, tetapi akan merahsiakannya sehingga suatu waktu tertentu. Sebabnya, kehilangan MH370 adalah satu misi misteri yang sukar untuk dijawab. Melihat, kehilangan pesawat itupun, merupakan satu misteri; bagaimana boleh berakhir di Lautan Hindi, sedangkan tujuannya adalah Beijing, China.
Hari ini merupakan hari ke-2 tamatnya masa bateri dua kotak hitam- data recorder dan voice cockpit recorder. Pihak pencari dikatakan menunggu sehingga kotak hitam tidak lagi menghantar pancaran; selepas itu baru menggunakan underwater vehicle- Bluefin 21. Bluefin 21 tidak boleh diguna selagi underwater locator beacon masih digunakan. Ertinya penggunaannya tidak boleh bersamaan dalam sesuatu masa.
Pencarian MH370 sudah menjadi HOPE FOR HOPE- walaupun sehingga kini, tiada sebarang petanda berkaitan pesawat itu. Istilah mencari jarum dalam tumpukan jerami, tidak dapat digunakan, atas sebab jeramipun tidak diketahui di mana lokasinya.
Pesawat bisa saja tidak memberikan sebarang serpihan, jika pesawat terjunam melalui hidung pesawat. Badan pesawat akan terus ke dasar laut seperti panah. Sayap dan ekor, akan turun tenggealam selepas itu. Kalau badan pesawat intact, kemungkinan besar benda2 ringat seperti kerusi atau pelampung tidak akan mengapung. |
No comments:
Post a Comment