Translate

Sunday, 9 March 2014

Misteri Kehilangan MH370: Mungkin Dirampas?

SUDAH lebih 24 jam kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) MH370 sektor Kuala Lumpur- Beijing, yang berlepas pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijadualkan mendarat di destinasi pada jam 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Pesawat yang membawa penumpang 239 termasuk 12 krew itu, hilang pada radar menara kawalan negara 2 jam selepas berlepas.

Misteri hingga kini terus menyelubungi pesawat tersebut, sebab tiada ada panggilan kecemasan daripada juruterbang berpengelaman yang berumur 53 tahun dan mempunyai masa terbang lebih 18 ribu jam sebelum pesawat secara tiba-tiba hilang pada radar.

Route KUL-Beijing yang hampir 2,000km sebahagian besar perjalanan adalah melalui daratan, melalui wilayah udara Vietnam dan kemudian memasuki ruang udara China.

Dalam perjalanan pesawat itu terdapat banyaknya antena, yang boleh mengesan pergerakan pesawat, namun apa yang peliknya, signal pesawat itu tidak dapat dikesan tepat 2.40 pagi waktu Malaysia pada Sabtu.

Selepas lebih 24 jam operasi mengesan pesawat itu, namun tiada tanda2 apakah pesawat itu terhempas atau masih selamat, ada perkara baru timbul yang dihubungkan dengan kehilangan pesawat itu.

Dalam senarai penumpang terdapatnya dua individu yang menggunakan passport curi/palsu, dan kebetulan kedua-dua penumpang misteri itu membeli tikit di Selatan China, di mana pada minggu berlaku satu kejadian yang dipanggil oleh pemerintah China sebagai kejadian "9-11" China. Dalam serangan minggu lalu itu di wilayah Baratdaya China Kunming, dalam satu serangan berani mati yang menyebabkan 33 kematian dan 143 kecederaan.

Dua penumpang misteri yang menggunakan passport curi daripada warga Austria dan Itali itu telah membeli tikit di Xianjing. Wraga Autria yang bernama Christian Kozel, 30 telah melaporkan bahawa passportnya telah dicuri di Thailand 2 tahun lalu, manakala warga Itali Maraldi, 37 yang kini berada di Bangkok mengatakan passportnya dicuri Ogos lalu, juga di Thailand.

Apakah kehilangan pesawat Mas jenis boeing 777-200ER dengan nombor penerbangan MH370 itu dirampas, kerana penumpang tersebut lebih separuh adalah warga China? Atas sebab tindakan itu, maka pesawat itu kini berada pada suatu lokasi, namun tidak dapat dikesan, memandangkan seluruh panel yang ada pesawat itu telah di non-aktifkan? Kalau lah demikian maka 239 penumpang dalam pesawat itu masih selamat. Inilah situasi yang diharapkan oleh seluruh warga Malaysia dan keluarga para penumpang tersebut.

6 comments:

Anonymous said...

Baru dapat tau bahawa kapten zaharie tu sebenarnya penyokong tegar PR..boleh tak sesiapa menafikan bahawa kehilangan kapal terbang ini ada kaitan dengan kes siketua penipu untuk divert kes liwat..kapten ni mungkin subahat kan..mungkin..ini bukan tuduhan..pastu yg tambah best ada pulak pegawai kanan penguatkuasa undang-undang USA dalam pesawat tu dengan dua orang pemilik palsu passport..amacam org-org PR sekalian..sila la jawab..aku hanya gunakan persoalan si betina babi DAP Teressa Cork tu balik jer..

Anonymous said...

So what do you want with a jumbo plane full of passengers when you don't put out ransom demands?

Anonymous said...

org PR xbace blog ni..hehe

Anonymous said...

Usah ujudkan spekulasi rambang jika anda tidak pasti. Jgn kusut masaikan fikiran & perasaan sedih ahli keluarga mangsa. Dlm situasi begini kami tak sanggup diandaikan dgn pelbagai persoalan kabur. Maaf.

Anonymous said...

Tolong respect org2 yang sedang bertungkus lumus dalam misi pencarian, jangan buat spekulasi yang anda x pasti. Kt luar sna ramai tgh bersedih. Tq

Anonymous said...

Teori yang sangat bodoh. Hati yang busuk telah menguasai fikiran beliau.Fikirkan nasib keluarga yang menimpa musibah ini.Berpolitik biaqlah bijak jgn bawakan politik ke 50 tahun dulu.Moga allah swt berikan petunjuk kepada yang menfitnah.

Labels

Blog Archive