Latest News

MH370: Mengapa China Sembunyikan Imej?

Sebenarnya Kerajaan China sudah mendapat imej pesawat B777-200ER MH370 pesawat malang yang membawa 239 penumpang dengan 12 krew yang berlepas pada 12.41 pagi Sabtu, 8 Mac 2014 sebelum hilang daripada radar menara Subang pada 1.30/2.40 satu/dua jam selepas berlepas.

Pesawat malang itu hilang daripada radar semasa sedang naik pada ke tinggian 35,000 kaki atas permukaan laut di timur laut Kota Bharu, Kelantan dan 153 batu daripada Selatan Vietnam.

Satellite China berjaya mendapat imej yang dipercayai bangkai pesawat itu, pada 11 pagi 9 Mac, semasa semua pihak sedang kecoh berkaitan hilangnya MH370 secara misteri.

Pihak Vietnam sebenarnya telah memberikan clue bahawa pasukan Mencari dan Penyelamat (SAR) negara itu telah menemui tumpukan minyak yang masing-masing berkepanjangan 10-15km di kawasan, di mana kini dipercayaai ditemukannya lokasi bangkai pesawat MH370. Walau bagaimanapun, pihak Malaysia menafikan bahawa tumpukan minyak itu berasal daripada pesawat malang itu; malah pada sidang akhbar pertama kerajaan Malaysia berkaitan dengan kehilangan pesawat itu, pihak TUDM menyatakan bahawa radar tentera mengsyaki bahawa pesawat malang itu berpatah balik. Dalam proses berpatah balik itu, pesawat terbang rendah. Atas sebab itu berbagai spekulasi menyelubungi kehilangan pesawat itu termasuk tindakan sabotej atau dirampas atau menjadi mainan electronic warfare, memandangkan terdapatnya 20 jurutera yang pakar dalam permainan elektronik pertahanan berada dalam pesawat sebagai penumpang.
Mengapa negara China menyembunyikan Imej? Perkara yang boleh diambil kesimpulan, adalah negara itu menyembunyikan kemampuan teknologinya. AYT sebenarnya telah awal-awal suspek perkara ini, bahawa bakal muncul sebuah negara sebagai hero (tuliasan AYT dalam blog ini). Ternyata juga selepas 5 hari mencari dan menyelamat, yang melibatkan Amerika dan 10 negara lain, ternyata tiada apa-apa clue yang menunjukkan di mana pesawat malang MH370 berada, malah berbagai spekualasi muncul termasuk pesawat itu masuk aeronautical black hole.

Sekali lagi mengapa China menyembunyikan imej? sedangkan 153 penumpang adalah rakyat negara itu. Mungkin, pihak kerajaan China melihat, bagaimana sebuah negara seperti Malaysia mengkoordinasi operasi sebesar itu. Kini terlihat, pihak Malaysia yang tidak pernah berdepan krisis seumpama kehilangan MH370, ternyata panik, walaupun pada awalnya, kerajaan Malaysia tidak serius, memandangkan reaksi daripada Kerajaan melalui Menteri Pengangkutan dan Pertahanan, hanya berlaku selepas 12 jam pesawat malang itu hilang. Malah selama 5 jam, pihak Malaysia hanya membiarkan MAS kelamkabut sendiri mencari pesawat itu, dengan menghubugi berbagai negara laluan pesawat itu. Pun demikian selepas 5 jam, baru pihak Mas mengakui kehilangan pesawat malang yang membawa 239 penumpang termasuk 38 rakyat Malaysia.

Kini, melalui kemalangan MH370, negara China boleh mendambik dada, bahawa teknologinya lebih hebat. Setidak-tidaknya inilah mahu dibuktikan negara itu kepada Amerika Serikat; itupun kalau imej yang ditemukan itu benar-benar bangkai pesawat malang MH370.

0 Response to "MH370: Mengapa China Sembunyikan Imej?"

Blog Archive