Friday, January 10, 2014

Kesan kenaikan Harga Minyak

KENAIKAN harga minyak sudahpun terasa bahangnya. Kehidupan semakin mahal. Nilai wang semakin mengecil. Kata orang, terima kasih kepada kerajaan, kerana mengurangkan beban mengangat barang ketika beli belah di pasar raya atau pasar-pasar awam. Sebabnya, kalau dahulu wang sama boleh beli barang yang lumayan, namun pada keadaan sekarang, hanya sedikit (seperti pada kaption).

Kerajaan mengambil langkah merasionalisasikan subsidi; untuk mengurangkan defisit kewangan negara; melalui pengurangan tanggungan subsidi dan mendapat tambahan hasil cukai.

Selain itu, untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, Perdana Menteri mengumumkan 11 langkah penjimatan, termasuk mengurangkan gaji Menteri dan Pegawai Awam Jusa C ke atas.

Bagi mengetahui kesan kenaikan harga barang, Kerajaan Negeri Sabah misalnya menubuhkan Jawatan Kuasa khas bagi memantau kenaikan harga barang. Namun, jawatan kuasa itu, tidak diketahui setakat mana bidang kuasanya. Apa kah hanya memantau? dan kemudian menyalurkan kepada kerajaan maklumat untuk membolehkan kerajaan mengubal dasar untuk mengatasinya?.

Pengurangan defisit perbelanjaan negara, seolah-olah menjadi hantu kepada kerajaan; antara sebabnya, apabila pada tahun 2013, kerajaan gagal memenuhi target mengurangkan defisit kepada 4.5 peratus; atas sebab itu, kerajaan sangat terdesak mencapainya pada tahun fiskal 2014.

Laporan The economic Disember 2013, ada melaporkan, bahawa kerajaan Persekutuan mengambil langkah menjual asset negara, pensekuritian harta gadaian negara, demi menampung defisit kewangan.

Kerajaan begitu terdesak sekali, mengurangkan defisit negara, atas sebab itu mengambil langkah-langkah termasuk merasionalisasikan subsidi, kenaikan tarif litrik dan kenaikan bayaran tol leburraya.

Sesuatu yang perlu diterima rakyat akibat langkah-langkah kerajaan mengurangkan defisit adalah kenaikan harga barangan, di mana akibatnya sara hidup juga turut naik. Berbagai implikasi yang berlaku, kerana hanya mengrasionalisasikan subisidi; termasuk inflasi (mengecilnya nilai mata wang ringgit). Mata wang ringgit yang mengecil, bukan sahaja kerana akibat kenaikan harga barangan, akan tetapi juga merosotnya nilai wang negara berbanding mata wang asing, seperti dollar Amerika, dollar Australia atau Yen.
 
Kerajaan berada di persimpangan seperti Menalan mati emak, meluah mati bapa; namun hakekat yang perlu diambil, adalah agar negara tidak menjadi Greece di rantau ini.

No comments:

Blog Archive