Latest News

PRU-14: Pakatan Rakyat Target 135 Kerusi Parlimen

UNTUK mencapai target itu, DAP perlu menambah 7 kerusi (38), PKR 15(30) dan PAS 24 (21). Ertinya, DAP mentargetkan 7 kawasan cina, PKR pula mentargetkan 15 kerusi campuran, manakala PAS mentargetkan 24 kawasan majoriti melayu.

Melihatkan kepada kecenderungan pengundian sejak tahun 2008 sehinggalah ke PRU-13, nampaknya DAP mungkin mencapai sasarannya, demikian juga PKR, namun tidak bagi PAS.

Kekuatan PAS hanya di kawasan di mana melayu adalah majoriti, sama dengan kekuatan Umno. Melihat trend pengundiaan pada PRU-13 dan PRK Kuala Besut Terengganu dan PRK Sungai Limau, nampaknya status quo pengundi melayu akan tetap berterusan sehingga PRU-14 atau PRU seterusnya.

Keputusan PRU di negara ini, akan senantiasa mempertahankan status quo, selagi rakyat Sabah dan Sarawak tidak berubah pendirian. Walaupun para pengundi Sabah diliputi pancamorgana, namun kesetian kepada BN masih akan kekal selagi pemimpin besar Sabah masih setia kepada perjuangan BN. Demikian juga Sarawak, selagi para pemimpin negeri itu masih setia kepada perjuangan BN, selagi itu, penguasaan Bn akan terus menyerlah.

Kesetian ada batasnya, kerana sebagai pemimpin perjuangan adalah untuk membantu rakyat. Tanpa dana yang yang disalurkan kepada negeri-negeri itu, maka akan membantut pembangunan infra dan kemudahan dan keperluan rakyat.

Semakin hari pertambahan penduduk berlaku. Semakin hari jumlah pencari kerja bertambah. Tanpa tindakan yang seiring dengan keperluan rakyat ini, akan mempermudah seseorang pemimpin untuk bertukar arah dan akan cenderung kepada tawaran yang menarik.

Demikian juga ibu bapa, terpaksa melepaskan anak-anak berpindah ke tanah semenanjung untuk mendapatkan kerja, walaupun sebagai operator kilang atau penjaga kedai makan, kerana berdiam diri di negeri asal, hanya membebankan orang tua, yang hanya cukup-cukup.

Sejak tahun 2008, perkara pokok yang mengubah sokongan rakyat adalah soal-soal yang berkaitan dengan pembahagian kek ekonomi negera. Rakyat mula membuka mata, sejak lebih 50 tahun merdeka, mereka yang mempunyai peluang adalah mereka-mereka yang mempunyai kabel dengan pemimpin di berbagai lapisan.

Bermula daripada kontrak kecil-kecilan sehingga yang berjuta, biasanya mereka yang mempunyai kabel yang mendapat peluang. Kabel boleh berupa, hubungan dengan pemimpin, para pegawai yang ada kuasa atau hubungan kerana "urusan menang-menang". Urusan menang-menang ini adalah terdiri daripada kontraktor yang sudah mempunyai modal, ertinya kontraktor yang sanggup memberi untuk mendapatkan kontrak.

Bagi mengelabui mata rakyat, biasanya seorang kontraktor mempergunakan berpuluh-puluh syarikat, ertinya walaupun setiap kerja yang diperolehi dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan, namun pemiliknya adalah sama.

Keadaan ini, bukan rahsia umum lagi, atas sebab itu, telah menjadi persepsi umum, dan apabila diretorikkan oleh pihak pembangkang, maka rakyat mudah menerimanya.

Dengan ledakan teknologi maklumat, maka aliran maklumat begitu cepat, sehingga sesuatu kejadian berlaku di salah sebuah Kementerian di Ibu negara misalnya, maklumat itu akan turut diketahui di pelusuk negara walaupun kawasan itu terpencil.

Atas sebab itu, pada PRU-12 dan PRU-13, walaupun suatu kawasan berada di luar bandar, namun BN mengalami kekalahan, walaupun secara tradisinya, BN akan kalah di kawasan Bandar dan wilayah pembangkang itu sendiri.

Pada PRU-14 akan datang, keadaan akan berlainan dengan PRU-PRU yang lalu-lalu. Pada masa itu, keadaan akan berada dalam keadaan persiangan yang sama rata diluar bandar bagi BN dan PR, namun bagi kawasan bandar mutlak akan dikuasai PR. Sebabnya, ambil contoh di kawasan luar bandar Sabah- DUN Matunggong, DUN Kedamaian misalnya, sebenarnya kawasan-kawasan ini adalah wilayah BN, namun pada PRU-13 yang lalu, kawasan ini dimenangi oleh pembangkang.

Untuk itu, berasaskan kepada keadaaan ini, AYT merasakan pihak pembangkangpun melihat trend ini, atas sebab itu, mereka berani mensasarkan target 135 kerusi parlimen untuk menduduki Putrajaya.

Dalam politik sebenarnya, kekuatan sesebuah parti itu terletak kepada kepimpinannya. Mungkin Pakatan Rakyat akan memberi cabaran sengit kepada BN, selagi kepimpinan yang ada pada mereka masih bersama-sama, ertinya tiada yang pencen atau meninggal. Kita tahu, pemimpin utama DAP semuanya berada di atas 70 tahun, manakala Anwar pula menuju angka itu pada PRU-14 akan datang, manakala Nik Aziz mungkin akan berundur, kerana faktor kesihatan.

PRU-14, sebenarnya adalah satu keadaan yang menzahirkan kemahuan rakyat secara keseluruhan, samada mahu mengekalkan status quo ataupun tidak. Jika dilihat secara keseluruhan, sebenarnya rakyat sudah memutuskan tidak lagi mempertahankan status quo, perkara ini dilihat daripada segi undi popular, di mana lebih 51 peratus pengundi pada PRU-13 lalu memilih PR, namun, BN mengekalkan Putrajaya kerana sistem demokrasi negara bukan berasaskan undi popular, melainkan jumlah kerusi.

Pada PRU-13 lalu, BN mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89. Keputusan itu, sebenarnya penurunan bagi BN jika dibandingkan dengan keputusan PRU-12; di mana BN mendapat 140 kerusi parlimen, manakala PR 82.

Target PR pada PRU-14 dengan jumlah 135 kerusi Parlimen, tidak mudah dicapai, namun secara persendirian, hanya parti DAP akan mencapai target, 45 kerusi Parlimen, dengan kata lain, seluruh kawasan Parlimen kaum cina akan dikuasai parti itu.

Hukum Imbang akan berlaku pada PRU-14, meskipun DAP dapat menguasai seluruh kawasan kaum Cina, namun BN akan mampu merampas beberapa kerusi PAS, selain mempertahan kerusi yang ada. Angka 130-133-135, merupakan jumlah kerusi yang akan terus dimenangi BN, apapun cara atau pendekatan pembangkang, tetapi, semuanya tergantung kepada perasaan rakyat apakah mahu mempertahankan status quo?.

AYT beranggapan, bahawa keputusan PRU-13, adalah merupakan keputusan terbaik PR, dan keputusan itu tidak akan berulang lagi. Kalaupun berulang akan memerlukan masa, mungkin pada PRU-16 atau 17. Fikir-fikirkanlah.

3 Responses to "PRU-14: Pakatan Rakyat Target 135 Kerusi Parlimen"

Lesung Besi said...

Boleh ke...Sekarang pon dah ramai keluar Parti nie...

PASBodoh said...

Boleh, pasang lebih ramai calon bidan terjun, kemudian cipta isu fitnah skala besar-besaran seperti sebelum PRU-13. Bayar lebih banyak elaun pada cybertropper, setakat RM 10,000 untuk sorang cybertrooper apehal sangat... akaun negeri pun dah cecah RM3 billion, tiap2 tahun kerajaan pusat kasi peruntukan untuk penyelenggaraan watpe guna banyak sangat pun, simpan untuk biayai cybertrooper lagi bagus. Ni baru negeri berkebajikan... untuk kroni dan cybertrooper sahaja. Pasti boleh la kuasai negara menjelang PRU-14...

Mohd Azam Mohd Yusof said...

targetlah berapa banyak kerusi..tak semestinya dapat semua..silap2 tersungkur..dap memang sah talian hayat nya kat pengundi cina bandar/pekan..harap dapat pecahkan kawasan undi kelompok2 cina ni sbb mereka semua ni sebabi dgn dap..ujudnya bandar2 baru senang2 akan jadi lubuk mereka..

Blog Archive