Saturday, November 02, 2013

PRK Sungai Limau: Kalau Pas Kalah- Tamparan Hebat Pada Mahfuz

Unik sungguh PRK Sungai Limau. Manakan tidaknya-kawasan itu mempunyai pengundi 93 peratus melayu dan islam. 

Lima penggal lalu, kawasan itu dikuasai Pas. Namun pada PRK kali ini, dikatakan tiada jaminan lagi, bahawa kawasan itu boleh dimenangi parti 'islam" itu.

Persurujayah Pas Kedah yang baru-Mahfuz Omar merasa bengitnya kempen pada kali ini, sehingga beliau dan gengnya terpaksa melakukan berbagai kaedah termasuk "menipu" pengundi.

Selain itu, Mahfuz juga, sempat mempertikai poster Menteri Besar Kedah yang dinaikan semasa kempen, sambil mempersoalkan, mengapa lambang Mukriz yang dipasang, sedangkan beliau bukan calon Bn.

Perkara remeh beginipun, menjadi perhatian Mahfuz, kerana kempen Pas serba tidak menjadi, kerana pengundi sudah mahu berhijrah kepada Bn.

Kekalahan Pas pada PRK kali ini, bukan sahaja menghantui Mahfuz, malah sebahagian besar pemimpin itu, terutama di Kedah.

Sudahlah pada PRU-13 lalu, kerajaan Pas yang ditubuhkan selepas PRU-12 tumbang, malah melalui PRK kali ini, nampaknya sokongan kaum melayu dan islam berangsur kembali kepada Umno.

Keputusan PRK Sungai Limau, boleh dijadikan pengukur sejauh mana pengundi melayu kembali kepada Umno; setidak-tidaknya itulah yang mahu dilihat dalam PRK ini.

Pada PRU-13, walaupun BN hanya mendapat 133 kerusi parlimen, namun pencapaian Umno sebagai parti tunjang Bn, sungguh memberangsangkan, apabila meningkatkan perolehan kerusi daripada 79 kepada 88, meningkat 9 kerusi atau 11.39 peratus.

Kalaulah PRK Sungai Limau dimenangi Bn, maka semakin kuatlah suara-suara akar umbi Pas mendesak agar parti itu keluar daripada Pakatan tiga parti DAP-PKR-PAS. 

Sebenarnya kehadiran Pas melalui Pakatan itu, tidak menguntungkan parti itu, yang mendapat keuntungan adalah DAP. Pada PRU-13, membuktikan semuanya, apabila DAP menambah kerusi yang paling tinggi, manakala PKR dan PAS, bukan sahaja gagal menambah kerusi, akan tetapi gagal mempertahankan beberapa kerusi yang dimenangi tahun 2008.

Bagi AYT, kemenangan Bn di Sungai Limau, dianggap sebagai isyarat kepada pengundi di negara ini, bahawa kaum melayu kembali bertaut pada Umno sebagai tulang belakang kerajaan; dan untuk itu, desakan yang bersifat ekterim daripada pihak-pihak lain yang kini sedang gencar mempertikai kewibawaan kaum terbesar itu; akan senyap dengan sendirinya. Jika keadaan ini berlaku, maka akan lebih baik kepada negara.

Kaum Melayu/bumiputera perlu mengambil iktibar, bahawa jumlah yang majoriti tidak akan dihormati, kalau tidak bersatu; nah, untuk menjawab itu, perlulah kaum itu bersatu di bawah satu naungan, dan parti yang boleh membela dan membawa aspirasi mereka, adalah parti Umno.

No comments:

Blog Archive