Friday, November 01, 2013

PRK Sungai Limau: Tinggal Tiga Hari Lagi

PAS dengan kempennya KEKAL, manakala BN dengan HIJRAH. Kawasan DUN Sungai Limau di atas kertas, memang wilayah PAS, kerana sejak tahun 1995, kawasan itu diwakili parti pakatan rakyat itu.

Pilihanraya kecil (PRK) terpaksa diadakan berikutan kekosoangan kawasan itu, ekoran kematian penyandangnya, yang juga mantan Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizah Razak.

Sungai Limau mempunyai 27,222 pengundi dimana 93 peratus adalah pengundi melayu.

Pada PRK ini, akan menjadi pengukur apakah di kawasan majoriti melayu, calon BN yang juga daripada Umno akan diterima. Pada PRK ini juga, akan terlihat apa kah sokongan kaum melayu terhadap Umno telah kembali.

Kalaupun Pas mengekalkan kawasan itu, apa kah majoritinya? kalau menurun, ertinya penurunan itu disebabkan faktor jentera Bn, serta akibat pengumuman berbagai bantuan baik projek mahupun bantuan ke sekolah-sekolah. Akan tetapi, jika calon Bn menang, ertinya, hijrah benar-benar berlaku; bukan kerana faktor bantuan atau program pembangunan.

Apa yang menarik selama kempen ini, slogan KEKAL Pas, diertikan oleh Menteri Besar Kedah, bahawa pengundi mahu kekalkan bahawa wakil rakyat yang mewakili mereka adalah Menteri Besar Kedah. Untuk itu, Mukhriz telah mengambil keputusan, kalau Bn menang pada PRK ini, beliau menjadikan DUN Sungai Limau sebagai DUN Angkat.

Apapun keputusan PRK ini, tidak mengubah kedudukan kerajaan negeri, kerana daripada 36 DUN, 21 dikuasai oleh BN. Namun, jika Bn menang maka satu hadiah istimewa kepada saf kepimpinan baru Umno.

No comments:

Blog Archive