Saturday, November 23, 2013

Anwar Sudah Hilang Di Radar Akar Umbi PAS

SELEPAS penubuhan tidak rasmi Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU-12, dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum; Parti Pas turut akur dengan perlantikan itu. Atas sebab itu, di Parlimen Anwar turut dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Kini, bukan lagi hanya cakap-cakap, bahawa Anwar sudah tidak disukai oleh akar umbi Pas, malah ianya merupakan tajuk perbahasan sempena muktamar Pas yang berakhir hari ini.

Perwakilan parti itu tidak segan silu lagi, membahas, sekiranya PR menang dalam PRU, siapa kah bakal Perdana Menteri? Dengan pertanyaan dan usul seperti itu, maka membawa ertinya, bahawa parti itu tiada keyakinan terhadap Anwar lagi sebagai Ketua PR.

Anwar, meskipun terpalit dengan berbagai skandal moral, namun tetap dilantik sebagai Ketua PR, memandangkan latar belakangnya sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Selepas Pas berpakat dengan DAP-PKR, maka secara automatik, para ahli dan penyokong parti itu terpaksa akur dan berketuakan individu yang terkait dengan masalah moral. Kini, Pas juga turut bertanggungjawab terhadap pembohongan Anwar berhubung dengan pengundi 40 ribu Bangla. Ahli Pas juga turut terpalit dengan pembohongan Anwar berhubung dengan blackout semasa pengiraan undi pada PRU-13 lalu, sedangkan semuanya itu tidak berlaku.

Politik bohong Anwar, kian hari kian terbongkar, atas sebab itu akar umbi pas telah mula tersedar dengan cara Anwar. Mereka tidak mahu menanggung dosa lagi, kerana turut bersubahat dengan pembohongan.

Politik bohong Anwar yang bermula sejak tahun 1998 dan menghangat pada tahun 2008, dan masih berbekas sehingga PRU-13 Mei lalu; sebenarnya menghampiri penamatnya. Politik bohong Anwar tidak akan mendapat sokongan lagi, mungkin itulah faktor mengapa suara akar umbi Pas mahu mengetahui siapa akan menggantikan Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Politik bohong yang digunapakai Anwar untuk mendapatkan sokongan, sudah diramal tidak akan bertahan lama. 

Mereka yang mula menyedari itu, antaranya adun PKR daripada Sabah dan para pemimpin PKR daripada negeri itu. Mereka tidak mahu lagi terlibat dengan politik bohong, kerana lambat laun akan memakan diri sendiri.

Pembohongan Anwar berhubung pengundi bangla, kini menjadi bualan rakyat yang terpengaruh dengan pembohongan itu, benarlah kata mereka, Anwar itu boleh berubah-ubah sesuai dengan situasi dan kondisi, seperti sesumpah.

No comments:

Blog Archive