Latest News

Pemilihan Umno: Sesi Perkenal Calon: Kurang Peluang Bagi Calon-Calon Sabah

SESI memperkenal calon bagi calon-calon daripada Sabah memang kurang, memandangkan jarak antara Semenanjung dan Sabah.

Umno yang bakal mengadakan pemilihan parti pada 19 oktober, meliputi 191 Bahagian parti. Daripada jumlah itu hanya ada 25 di tanah besar Sabah dan satu bagi WP Labuan.

Seramai 146,500 perwakilan akan memilih barsian kepimpinan parti 3 Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi.

Kemenangan seseorang calon bagi jawatan Naib Presiden setidaknya antara 140-150 electoral collage/Bahagian, demikian juga bagi jawatan AMT.

Bagi calon-calon daripada Sabah yang bertanding, samada kerusi NP atau MT, perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 140 bahagian daripada Semenanjung; kalau tiada sokongan itu, anggap sajalah penyertaan sebagai memenuhi kehendak demokrasi dalam parti.

Pada pemilihan kali ini, Calon-calon daripada Sabah antaranya Datuk Shafie Apdal bagi kerusi Naib Presiden, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Sairin Karno bagi kerusi AMT.

Daripada segi liputan hanya Tawfiq dan Sairin dianggap masih kurang, atas sebab mereka hanya pemimpin peringkat negeri, manakala calon lain merupakan pemimpin peringkat nasional, atas sebab mereka mempunyai tugas di peringkat nasional.

Sesi memperkenal calon, misalnya di Kota Bahru sebentar tadi, liputuan hanya calon-calon yang berasal daripada Semenanjung. Sayang sungguh bagi calon-calon daripada Sabah, tidak sempat bersama pengenalan calon.

Dalam amalan pengundian, seseorang pemilih biasanya akan memilih calon-calon yang mereka kenal, atau setidak-tidaknya pernah berkenalan. Jika itu, menjadi sandaran, maka calon-calon daripada Sabah beradalah dalam kedudukan disadvantage.

Harap-harap, semasa perwakilan membuang undi, bukan berasaskan kepada keadaan di atas, sebaliknya mengundi secara enblock, khusus untuk calon-calon daripada Sabah.

Pada pemilihan tahun 2009, semua calon daripada Sabah telah menang termasuk Shafie bagi kedudukan Naib Presiden. Namun pemilihan pada masa itu, berbeza dengan pemilihan kali ini. Pada pemilihan masa itu, setidak-tidaknya calon-calon daripada Sabah sempat berkenalan dengan perwakilan, kerana semua perwakilan berkumpul di PWTC.

Pemilihan kali ini berasaskan Bahagian, ertinya semua perwakilan mengundi di bahagian masing-masing. Ertinya calon-calon daripada Sabah berada dalam kedudukan yang disadvantage sekali.

Calon MT daripada Sabah yang tidak pernah bertugas di peringkat Nasional, memang berhadapan dengan kendala mempromisi diri, kerana kekangan masa dan jarak. 

Mungkin pada pemilihan akan datang, satu mekanisme perlu diadakan oleh Jawatan Kuasa pemilihan, agar semua calon bertanding pada medan pertandingan yang sama, agar kelihatan adil bagi semua calon.

Bagi Umno Sabah, calon-calon yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan parti pada kali ini, adalah para pemimpin yang terpilih daripada yang terbaik. Atas sebab, harapan tinggi Umno Sabah agar mereka terpilih membarisi barisan kempimpinan parti.

Keputusan pemilihan pada 19 oktober, akan terlihat bagaimana penerimaan 165 Bahagian daripada Semenanjung ke atas pemimpin Umno Sabah.

0 Response to "Pemilihan Umno: Sesi Perkenal Calon: Kurang Peluang Bagi Calon-Calon Sabah"

Blog Archive