MENURUT Tun Dr Mahathir, hanya rakyat yang benar-benar daif sahaja yang perlu dibantu; bukan mereka yang boleh melakukan kerja.
Beliau berpendapat sebaiknya kerajaan memberi latihan kepada golongan ini untuk mendapatkan pendapatan agar dapat berdikari.
Dasar pemberian BR1M kerajaan adalah pendapatan isi keluarga yang kurang RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan kerajaan secara one-off.
Telah dua kali kerajaan memberikan BR1M dengan kadar RM500. Tahun depan dikatakan nilai BR1M dinaikan kepada RM1,200.
Mahathir tidak bersetuju dengan BR1M, atas sebab, pemberian percuma, biasanya tidak mendapat penghargaan.
Sebenarnya, tujuan pemberian BR1M oleh kerajaan adalah untuk membantu secara sementara, kepada golongan berpendapatan rendah, ekoran kenaikan harga barang keperluan yang tidak selari dengan peningkatan pendapatan keluarga dalam golongan itu.
Bantuan itu akan dihentikan sebaik sahaja, golongan yang dikategorikan berpendapatan rendah mendapat manafaat dari berbagai aktivti ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment