Latest News

Pembunuh Pengasas Am-Bank: Four Eyes akhirnya Berjaya Ditangkap

Polis menahan lelaki bersenjata berumur 44 tahun yang didakwa menembak pengasas Bank Arab Malaysian Ahmad Hussain Najadi berdekatan sebuah tokong di Kuala Lumpur, hampir dua bulan lalu.

Menurut laporan media, Kong Swee Kwan - yang turut dikenali sebagai "Four Eyes" - dan dua lagi ditahan di sebuah rumah di Taiping pagi ini.

Polis masih menyiasat pihak yang mengupahnya untuk menembak ahli perniagaan itu.

Hussain, 75, terbunuh manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera apabila ditembak dari jarak dekat pada 29 Julai lalu. 

Sementara itu, Bernama melaporkan suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, ditahan di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak tengah malam tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 12.30 tengah malam susulan maklumat awam.

Turut ditahan ialah dua lelaki, masing-masing berumur 31 dan 26 tahun, yang dipercayai memberi perlindungan kepada suspek, katanya.

"Kesemuanya kini dibawa IPKKL (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di IPKKL di ibu negara hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.

0 Response to "Pembunuh Pengasas Am-Bank: Four Eyes akhirnya Berjaya Ditangkap"

Blog Archive