Latest News

Krisis LDP: Chin Su Phin adalah pelakonnya

SEBENARNYA Datuk Chin Su Phin (Timbalan Presiden LDP) bukanlah seorang politikus. Beliau masuk politik, hanya untuk mendapatkan habuan daripada parti politik. 

Sebagai pengamat politik Sabah, AYT membuat catatan, bahawa setiap bulan Ogos, Timbalan Presiden itu akan melakukan tindakan yang membuatkan parti dalam keadaan kelam kabut, dan menjadikan parti dalam perhatian umum, bukan kerana keadaan yang positif kepada parti, tetapi perkara-perkara yang negatif.

Pada tahun 2010, selepas Timbalan Presiden itu mewakili Presiden (Kerana Presiden mempunyai tugas rasmi di Negara China) hadir dalam Mesyuarat Kepimpinan Bn Sabah yang dipenegerusikan oleh Datuk Musa Aman, sebaik sahaja mesyuarat itu, Timbalan Presiden itu mengeluarkan kenyataan bahawa Parti LDP tidak dapat berkerjasama lagi dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Musa Aman. Ekoran daripada kenyataan itu, seorang Naib Presiden parti Datuk Peter Pang En Yin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, terpaksa keluar daripada parti berkuatkuasa 1 September 2010.

Walaupun LDP sebagai parti tidak berpendirian seperti kenyataan Timbalannya itu, namun kerosakan hubungan antara LDP dan Musa sebagai Pengerusi Bn Sabah, suatu ketika menjadi tegang. 

Chin tidak puas dengan kenyataan pada Ogos tahun 2010, beliau ulangi lagi pada Mesyuarat Tahun parti itu pada tahun 2011 di Sandakan. Kenyataan-kenyataan Chin itu mengores hati para penyokong Musa, terutama di Sandakan. Para penyokong Musa, menyalahkan Presiden Parti itu Datuk VKLiew kerana tidak bertindak drastik kepada Timbalannya.

Sebagai seorang Peguam, VKLiew telah mempertimbangkan daripada sudut Perlembagaan Parti; bahawa kenyataan Timbalannya itu terhadap pemimpin Komponen Bn lain belum membolehkan beliau menggantung atau melucutkan jawatan Timbalannya.

Akibat keluarnya Datuk Peter Pang, dan gagal menjadi calon pada PRU-13 lalu; maka telah mengakibatkan Presiden Parti itu gagal mempertahankan kawasan Parlimen Sandakan; kerana penyokong Pang dan penyokong Umno yang masih marah tidak memberikan undi kepada calon Bn yang diwakili Parti LDP di Parlimen Sandakan.

Pada bulan ogos tahun 2013, sekali lagi Datuk Chin Su Phin melakukan tindakan, kali ini pula berkaitan perebutan kuasa dalam parti.

Chin melihat, bahawa Presiden Parti tidak lagi mempunyai kuasa politik, kerana tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan. Beliau melihat, bahawa “handout” yang berbentuk Projek tidak boleh diharapkan lagi. Untuk itu, beliau berpaling kepada Setiausaha Agung Parti- Datuk Teo Chee Kang yang juga wakil Rakyat DUN Tanjong Kapor Kudat dan menjawat sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Kabinet Sabah.

Satu keadaan yang amat janggal, mengapa Chin begitu beria-ia sangat menyokong Teo untuk bertanding sebagai Presiden Parti; sedangkan Teo adalah penyokong Musa. Tindakan Chin ini, sebenarnya, untuk menggambarkan bahawa “kenyataannya” terhadap Musa, bukanlah atas keputusannya, melainkan atas pengaruh VKLiew; sedangkan VKLiew berulang kali menyatakan bahawa kenyataan Chin itu, bukan mewakili parti, akan tetapi kenyataannya secara peribadi.

Pada tahun 2010, akibat kenyataan tidak dapat berkerjasama dengan Musa, maka Chin mendapat habuan projek RM150 juta daripada Kementerian KKLW di bawah Datuk Safie Apdal, selain itu beliau dilantik sebagai ahli Dewan Negara (Senator).

Krisis Parti yang dimulakan Chin awal bulan ini, kini memerangkap Datuk Teo Chee Kang, sehingga beliau terlupa, bahawa tindakan mereka itu merugikan mereka sendiri, kerana tidak mengikut perlembagaan parti.

Kesilapan Teo kerana terperangkap dengan mainan Chin, agar beliau bertanding jawatan Presiden, sedangkan Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti ke-25 pada 9 Jun yang lalu, telah memutuskan bahawa tiada pertandingan untuk Presiden dan Timbalannya.

Sebenarnya, isu peralihan kuasa dalam parti tidak timbul, kerana peralihan kuasa dalam parti itu telahpun diberi panduan dalam parti, sepertimana berlaku pada peralihan kuasa tahun 2006, daripada Presidennya Tan Sri Chong Kah Kiat kepada Datuk VKLiew.

Sebenarnya, Presiden parti itu, sebaik sahaja selesai pilihanraya umum, ada berbincang dengan Timbalannya dan Setiausaha Agungnya berkaitan peralihan kuasa dalam parti. Dalam satu temu bual dengan Presiden itu, sedikit masa dahulu, sebaik sahaja beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan, berkaitan masa depannya dalam politik; beliau ada memberitahu AYT, bahawa peralihan kuasa dalam parti LDP, telahpun dibincangkan dengan Datuk Chin Su Phin dan Datuk Teo Chee Kang. 

Sebagai tradisi dalam parti, apabila Presiden meletakan jawatan, maka Setiausaha Agunglah bakal menggantikannya. Namun, menurut VKLiew kepada AYT, Datuk Teo belum bersedia untuk masa ini, dengan memberi sebab- bahawa beliau lebih selesa dengan jawatan Setiausaha Agung, malah menyokong agar Presiden meneruskan khidmatnya. Tambah Teo lagi, menurut Presiden itu, Tugas sebagai Presiden amat berat, untuk itu beliau meminta diberi peluang menambah pengalaman dahulu sebelum benar-benar bersedia mengambil kedudukan Presiden Parti.

Ironinya, belumpun 100 hari berlalu, Setiausaha Agung itu membuat pusingan U, dan tiba-tiba mahu bertanding sebagai Presiden, sedangkan sebelum ini, VKLiew secara sukarela memberi laluan kepadanya.

Apa sebenarnya penyebab Teo perlu membuat pusingan U? Ironinya pada 12 Ogos lalu, beliau bersama Presiden parti itu menuju lapangan Terbang, kerana Presiden parti itu bercuti 10 hari, sambil menghadiri “reunion” dengan kawan-kawan peguamnya di London.

Petang tadi AYT sempat menemubual Datuk VKLiew di rumahnya, di Likas Kota Kinabalu. Ikuti Temubual singkat itu.

AYT: Datuk. Apa sebenarnya punca daripada krisis parti LDP?

VK: Saya tidak tahu, apa puncanya. Mungkin kerana mereka melihat saya tiada kedudukan lagi. 

AYT: Datuk Memecat Setiausaha Agung- Datuk Teo Chee Kang pada 27 Ogos lalu. Cuba cerita sedikit latarbelakangnya?

VK: Isu jawatan Presiden sebenarnya bukan isu. Sebelum ini saya secara sukarela memberi tahu beliau agar bersedia mengambil alih jawatan Persiden. Namun, beliau enggan, sambil memberitahu bahawa beliau gembira dengan kedudukan sebagai Setiausaha Agung Parti; selain itu beliau berkata Tugas sebagai Presiden Parti amat berat, untuk itu beliau belum sanggup lagi memikul jawatan itu.

Berhubungan dengan pemecatannya sebagai Setiausaha Agung; ianya dilihat daripada segi Perlembagaan Parti. Sebagai sebuah parti, ada tiga keputusan yang perlu diikuti oleh pemimpin atau ahli parti. Keputusan Mesyuarat Agung, Keputusan Ahli Majlis Tertinggi dan Keputusan Majlis Presiden. Sekiranya keputusan-keputusan itu tidak dihormati dan tidak dipatuhi, maka secara sendirinya parti itu telah timpang dan tidak perlu wujud lagi.

Sebagai Presiden dan pengamal undang-undang, saya berpegang teguh kepada Pelembangaan Parti. Untuk itu, sesiapa sahaja ahli atau pemimpin yang bertindak berlawanan dengan kehendak Perlembagaan parti, maka perlu diambil tindakan. Teo sebagai Setiausaha Agung, tidak mematuhi Keputusan AMT Parti pada 9 Jun lalu, di mana beliau adalah salah seorang ahlinya, dan termasuk mereka yang bersetuju dengan keputusan itu.

AYT: Ekoran daripada Pemecatan Datuk Teo, maka pada hari berikutnya Timbalan Presiden Datuk Chin Su Phin bersama 27 pemimpin lain membuat desakan agar diadakan Mesyuarat Luar Biasa Parti. Apa komen Datuk?

VK: Mereka bebas bertindak. Perlu diketahui, bahawa desakan atau permintaan Mesyuarat Luar Biasa Parti perlu mengikut Perlembagaan Parti. Menurut Perlembagaan Parti, hanya Setiausaha Agung Parti sahaja yang mempunyai kuasa mengeluarkan notis mesyuarat untuk tujuan itu. Setakat yang saya ketahui, Setiausaha Agung Parti belum membuat sebarang notis berhubung mesyuarat seperti itu.

AYT: Pada Sabtu, Mesyuarat Majlis Presiden Telah Menggantung Jawatan Timbalan Presiden- Apa faktor disebalik penggantungan ini?

VK: Sebenarnya Datuk Chin telah melakukan tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti. Sebagai Timbalan Presiden, selepas saya, beliaulah yang perlu mematuhi Keputusan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi. Namun, beliaulah biang kerok kepada melanggar keputusan AMT. Sebenarnya, belumpun saya sampai ke destinasi pada 12 ogos lalu, mereka telah menjalankan konpirasi merebut kuasa dalam parti. Sebaik sahaja mengetahui konspirasi itu, saya membuat panggilan berpuluh kali kepada Datuk Teo Chee Kang dan pemimpin lain yang melakukan gerakan menggulingkan saya, namun semua panggilannya saya tidak berjawab. 

AYT: Terima Kasih Datuk, kerana sudi ditemu bual.

Berasaskan kepada Temuabual singkat dengan Presiden Parti LDP Datuk VKLiew, sehingga kini, teka teki, mengapa berlakunya pusingan U bagi Datuk Teo chee Kang, dan gerakan konspirasi menggulingkan Presiden parti itu, belum diketahui punca sebenarnya. Mungkin benar anggapan VKLiew lagi, bahawa oleh kerana beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan, maka mendorong mereka melakukan tindakan bercanggah dengan perlembagaan parti.

0 Response to "Krisis LDP: Chin Su Phin adalah pelakonnya"

Blog Archive