Latest News

PRK Kuala Besut: BN lawan PAS

Hari ini bermula kehangatan di Kuala Besut dengan penamaan calon bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lalu.

Cuaca mendung, hujan renyai-renyai serta tiupan angin Laut Cina Selatan bakal menambah lagi semangat calon dan penyokong yang tetap berkumpul sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Mereka bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kawasan itu terkenal sebagai kawasan kubu kuat BN.

Kemenangan kali ini penting bagi kedua-dua pihak memandangkan perbezaan kerusi cuma dua di peringkat negeri. 

Ini bermakna, jika PAS menang, keputusan akan menjadi 16-16, sekali gus menyebabkan situasi DUN 'tergantung'.

0 Response to "PRK Kuala Besut: BN lawan PAS"

Blog Archive