Friday, May 24, 2013

Undi rosak tidak mencerminkan PRU-13 ada penipuan

ANALISIS berdasarkan 27 senarai kerusi Parlimen yang didakwa meragukan oleh Pakatan Rakyat (PR), mendapati hanya enam kerusi Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah undi rosak yang lebih tinggi dari undi majoriti.

Parlimen tersebut adalah Bentong yang mempunyai majoriti 379 undi dan 934 undi rosak; Kuala Selangor (460 majoriti, 934 rosak); Baram (194 majoriti, 242 rosak); Sungai Besar (399 majoriti, 690 rosak); Labis (353 majoriti, 689 rosak) dan Kota Marudu (842 majoriti, 911 rosak).

Kesemua kerusi Parlimen ini ditandingi oleh ketiga-tiga parti komponen PR iaitu DAP di Bentong dan Labis; PKR (Baram, Kota Marudu) manakala Pas (Kuala Selangor, Sungai Besar).

Parlimen Kuala Selangor menyaksikan calon Pas, Dr Dzulkefly Ahmad yang merupakan penyandang Parlimen berkenaan kalah kepada calon BN, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Irmohizam mendapat 27,500, manakala Dzulkefly mendapat 27,040 iaitu perbezaan hanya 460 undi.

Walau bagaimanapun, jika dilihat kepada baki 21 Parlimen yang dinyatakan oleh PR, kesemuanya mempunyai jumlah majoriti yang lebih tinggi berbanding undi rosak.

Sebagai contoh Parlimen Saratok yang mempunyai undi majoriti sebanyak 2081 tetapi undi rosak hanya 258.

Namun, masih terdapat beberapa Parlimen yang mempunyai perbezaan yang tipis di antara undi majoriti dan undi rosak.

Ini termasuk, Parlimen Machang yang mempunyai 805 undi majoriti dan 729 undi rosak; Ketereh (974 majoriti, 876 rosak); Tebrau (1,767 majoriti, 1,551 rosak); Bagan Serai (1,140 majoriti, 1,096 rosak); Segamat (1,217 majoriti, 950 rosak dan Beaufort (673 majoriti, 559 rosak).

Tiada sesiapa yang mengaku atau mendakwa bahawa jumlah undi rosak yang tinggi tidak mencerminkan berlakunya keputusan yang meragukan dalam PRU13.

Undi rosak berlaku kerana adanya mengundi yang tidak mahu menyokong mana-mana parti, perkara ini telah berlaku sekian lama, semenjak PRU diadakan di negara kita, bukan hanya berlaku pada PRU-13 yang lepas.

Seharusnya sesiapapun perlu menghormati hak pengundi, kerana tiada sebarang undang-undang di negara ini menyatakan bahawa mengudi rosak merupakan suatu kesalahan. Sebenarnya tiada sesiapa yang tahu sesiapa pemenang pada sesebuah kawasan, pemenang hanya diketahui selepas penjumlahan undi selesai. Jadi, tidak wujud anggapan, bahawa undi rosak adalah satu bentuk manipulasi untuk mempengaruhi keputusan.

Ekoran keputusan PRU13 yang diwartakan kelmarin, mana-mana calon dan parti politik yang tidak puas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing, bermula semalam sehingga 21 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya perlu menggunakan pendekatan undang-undang dan bukannya “turun ke jalan raya”.

Pembangkang didakwa menganjurkan himpunan ‘Blackout 505’ di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13 termasuk pada Sabtu ini di Petaling Jaya.

Sebelum ini, PKR menegaskan PR menerima 237 laporan penipuan yang berlaku di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, PR akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam PRU13 pada hujung Mei ini.

Selain jumlah undi majoriti yang tidak sepadan dengan undi rosak, PR juga memfokuskan siasatan terhadap jumlah kemenangan tipis di bawah 5 peratus; peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan undi biasa dan kerusi meragukan yang dilaporkan berserta laporan polis.

No comments:

Blog Archive