Latest News

Telah Tiba masanya Umno dan Pas bersatu

MELIHAT Keputusan PRU-13, dimana UMNO mendapat 103 kerusi daripada 133 kerusi yang dimenangi BN, maka adalah wajar PAS melihat, bahawa kaum melayu dan bumiputera islam di Sabah menyokong parti terbesar dalam negara itu.

PAS yang menang 21 kerusi parlimen semasa PRU-13 yang baru sahaja melabuhkan tirainya, adalah daripada kawasan yang majoriti kaum melayu. Demikian juga Umno, semua kerusi yang dimenagi daripada kawasan yang majoriti melayu dan bumiputera islam di Sabah.

Keputusan PRU-13, dengan jelas, bahawa kaum cina telah mengancam kedudukan kaum melayu dan bumiputera islam.

kekalahan Datuk Ghani othman di Parlimen Gelang Patah kepada Lim Kit Siang daripada DAP menerangkan maksud sebenar kaum cina di negara ini. Tanda-tanda serangan kaum cina kepada amalan toleransi yang diamalkan BN juga terserlah pada majoriti yang diperolehi calon-calon DAP di seluruh negara, apa kah kawasan Parlimen mahupun Dewan undangan Negeri.

Pas perlu mengambil iktibar, bahawa kerjasama parti itu lebih menguntungkan DAP berbanding parti itu. 

Pada PRU-13, DAP berjaya menambah 10 kerusi parlimen, menjadikan kerusi parti itu meningkat kepada 38, berbanding PAS yang kehilangan dua kerusi kepada 21, berasaskan jumlah kerusi PRU-12 lalu.

Sekiranya berlaku penggambungan atau kerjasama antara Umno dan Pas, maka sudah pasti jumlah kerusi kaum melayu dan kaum bumiputera islam menjadi 124 kerusi ditambah dengan kerusi komponen Bn yang lain, maka kuasa kerjasama itu menjadi kuasa 2/3 dalam dewan rakyat.

Dengan cara ini, maka trend penguasaan DAP dengan sendirinya akan terbendung. Fikiri-fikirkan lah.

5 Responses to "Telah Tiba masanya Umno dan Pas bersatu"

bruangkoko said...

setuju

antara syarat2nya

umno setuju dgn hudud

pas keluarkan puak syiah dalam parti

tukar nama umno dan pas jadi satu: parti kebangsaan muslim bersatu

yg lain2: Al Quran dan hadis

Ini kalilah: Umno dan pas bersatu

halil said...

ulkifli Nordin...zul is a fighter for the Malays and Islam.

FAHRUGHAZI said...

Memang dari dulu lagi kedua-dua parti orang Melayu yang beragama Islam ini wajib bersatu. Tetapi pihak PAS memberi bermacam-macam alasan yang tidak munasabah untuk mengelak daripada bersatu.
Pada suatu masa dulu UMNO di tuduh bersetongkol dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA. MIC dan Gerakan (malah Hadi Awang pernah menghukum UMNO kafir kerana berpakat dengan yang bukan Islam). Tetapi bagaimana pula keadaannya bila PAS bekerjasama dengan DAP. Kalau dibandingkan diatara MCA deng DAP, DAP lebih lantang menentang perlaksanaan hukum hudud. Kalaulah fatwa Hadi Awang itu berteatan dengan hukum Islam, siapa yang sebenarnya kafir?
Pas sepatutnya sedar sekarang hasil dari kerjasama mereka dengan PKR dan DAP banyak memberi kelebihan kepada DAP, walaupun PAS berjaya menambah kerusi DUN di Selangor dan Terengganu. Tetapi penambahan ini bukannya terhasil daripada sokongan DAP tetapi kerana kaum India masih menolak BN lalu mereka menyokong calun-calun PAS yang bertanding dibawah PR.
Semua tahu bahawa untuk memperkasakan barisan politik Melayu, orang-orang Melayu mesti bersatu. Orang Melayu sekarang berada di bawah dua panji-panji, ia itu UMNO dan PAS.
Yang peliknya kenapa PAS boleh dan sanggup tidor sebantal dengan DAP (yang terang-terang menentang hasrat PAS untuk menegak undang-undang Islam di Malaysia) tetapi tidak mahu bersama UMNO yang juga beragama Islam.
Adakah kerana Hadi Awang merasakan bahawa lebih mudah bagi beliau untuk menyandang jawatan PM atau TPM dengan bekerjasama dengan PKR dan DAP daripada UMNO/BN?

musram rakunman said...

Berasaskan Keputusan PRU-13 Kaum melayu menyokong Umno. Umno menang 103 kerusi berbanding Pas 21. Pas seharusnya mengambil iktibar keputusan PRU-13 itu. Apa salah dan cacatnya jika membuang ego, demi kesatuan bangsa. Pada bijaksana melayu sebelum ini, pernah menyatakan kalaulah Melayu asyik berpecah, maka melayu akan dikuasai kaum yang menumpang. Lihatlah di Selangor sendiri, apabila penentuan siapa Menteri Besar sukar diumumkan, kerana perasamaan jumlah kerusi antara PKR dan Pas, untuk itu terpaksa menunggu DAP, parti mana yang disokong memegang jawtan MB. Pas Selangor 15 DUn PKR 15, manakala DAP 14.

wania said...

Perlu ada pihak secara serius usahakan penyatuan umno + pas. Umno nampak lebih tbuka tapi Pas sebelum ni agak tidak sudi. Keadaan mgkin bbeza setelah masing2 melihat realiti pru13. Teruskan memujuk Pas....pasti dlm keadaan negara hampir tgadai Pas juga memilih penyatuan Islam dan melayu. Dan umno mesti bsegera mbaiki kepincgn dlm umno yg disaran Pas.

Blog Archive