Wednesday, May 08, 2013

BN perlu bersyukur kerana masih membentuk kerajaan Persekutuan

SEBAGAI manausia biasa, tidak salah kalau Datuk Seri Najib kecewa, melihat keputusan PRU-13.

Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib telah memperkenalkan berbagai transformasi yang mesra rakyat. Malah untuk penyatuan kaum, beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Selain itu, Najib juga membela golongan berpendapatan rendah ke bawah dengan memperkenalkan Brim 1.0 dan Brim 2.0. 

Bagi rakyat yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah atau masih belajar, Najib memperkenalkan Bantuan Pra Sekolah dan Baucer buku.

Bagi anak-anak muda juga tidak terlepas kepada habuan, apabila mereka mendapat rebet telepon bimbit sebanyak RM250.00.

Melalui BR1M misalnya, Najib menyalurkan RM7.8 bilion kepada mereka yang layak, malah handout itu dijadikan pemberian tahunan. Kini jumlah itu telah dinaikan kepada RM1,200 bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000; sementara bagi yang bujang akan diberikan separuh daripada jumlah itu.

Malangnya semua transformasi yang diperkenalkan Najib itu, tidak diterima oleh sebahagian besar kaum cina; hanya kaum bumiputera sahaja yang menerimanya, kecuali mereka yang tinggal di bandar seperti Penampang di Sabah.

Trend pengundian di kalangan kaum cina pada PRU-13, bukan berasaskan meritrokrasi seseorang pemimpin atau kerajaan, namun lebih kepada emosi dan persepsi. Kekalahan Datuk Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor di Parlimen Gelang Patah kepada Lim Kit Siang dan kekalahan Datuk Seri Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil Melaka, sebagai contoh; bahawa kaum cina tidak mengundi berasaskan merit seseorang calon, melainkan berasaskan emosi dan membuta tuli.

Walaupun trend pengundian semasa PRU itu bukan berasaskan akal yang waras bagi kaum cina , namun BN berjaya juga mendapat 133 kerusi Parlimen untuk mempertahankan Putrajaya, yang ingin dirampas oleh Pakatan Rakyat agar Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

BN perlu berterima kasih kepada rakyat Sarawak dan Sabah kerana masih mampu memberikan kemenangan 84.21 peratus keseluruhan, apabila kedua-dua negeri itu memberikan 48 kerusi Parlimen daripada 57 yang dipertandingkan; walaupun berkurang 7 kerusi berbanding PRU-12.

Di Semenanjung kemampuan Umno menambah 9 kerusi berbanding PRU-12, telah mempertahankan status quo  sepertimana keputusan PRU-12, di mana BN dengan 85 kerusi Parlimen dan Pakatan 80 kerusi.

Atas sebab itu penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Soal angka memang dimainkan. Bagi AYT, tiada bezapun antara angka 133 mahupun 140; yang penting kerajaan yang dibentuk mempunyai kelebihan di atas majoriti mudah 112.

No comments:

Blog Archive