Monday, April 08, 2013

Rupanya Seluruh kawasan di Johor pada PRU-12 lalu, Majoriti BN turun lebih 50 peratus

Keputusan PRU-12 Negeri Johor AYT cuba-cuba menganalisis keputusan PRU-12 lalu bagi salah satu negeri yang termasuk dalam simpanan tetap BN. Selepas melihat hasil keputusan bagi 26 kawasan parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan negeri, secara keseluruhannya majoriti kemenangan calon BN berkurangan lebih separuh, termasuk di kawasan Menteri Besar Datuk Ghani Othman N11 Serom.

Pada PRU-12 lalu, untuk pertama kalinya BN gagal menyapu bersih semua kawasan samada parlimen mahupun DUN, apabila DAP menang satu kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN, manakala Pas d Dun. PKR masih gagal bertapak di Johor.

Mungkin atas asas kecenderungan penurunan majoriti itu, membuatkan Lim Kit Siang bertanding di negeri itu dan memilih Parlimen Gelang Patah, kawasan milik MCA.

Namun, pada PRU-13 ini, Parlimen Gelang Patah khabarnya akan ditandingi Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman, bagi berdepan dengan Supermo DAP Lim Kit Siang.

Dikatakan, hanya Ghani sahaja yang mampu membendung kemenangan Lim Kit Siang, kerana MB Johor itu diterima oleh semua pihak termasuk kaum cina.

Untuk mengetahui keputusan PRU-12 lalu bagi Negeri Johor sila Klik Link di atas.

No comments:

Blog Archive