Thursday, April 04, 2013

PRU-13: Terkuburnya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim


Keputusan Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah Johor hanya hela untuk bersara; kerana melalui kekalahan sahaja Pemimpin veteran DAP itu membuat keputusan untuk bersara. Dalam DAP hanya melalui kekalahan saja bagi pemimpin tua parti itu bersara. Dr Chen Man Hin mantan pengerusi DAP terpaksa bersara selepas kalah.

Demikian juga ura-ura Anwar Ibrahim bertanding di Perak. Apa yang tersirat di benak Anwar, melalui PRU-13 ini akan berkuburlah cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Juga melalui kekalahan sahaja menjadi alasan untuk pemimpin Umum PKR itu bersara.

Jika Anwar masih bertanding di kawasan tradisinya Pematang Pauh yang bermula sejak tahun 1982, maka Anwar masih akan menang, namun kemenangan itu tiada langsung erti, dan melalui kemenangan itu sendiri memalukan Anwar; dan menyebabkan rakyat Permatang Pauh merasa tidak terwakili, kerana seringnya Anwar tidak hadir di persidangan dewan rakyat, kerana merasa malu.

Pakatan DAP-PKR-PAS perlu menerima hakekat, bahawa sikap pengundi tanah air kini, tidak sama dengan sikap mereka pada tahun 2008.

Rakyat yang emosi kerana tergores kata-kata pemimpin utama Bn pada November 2011 semasa himpunan Hindraff dan Bersih1.0, yang mencabarkan agar RAKYAT MENGGUNAKAN PETI UNDI untuk menyalurkan PROTES benar-benar mencabar rakyat dan diterjermahkan melalui undi.

Berbeza dengan pemimpin Bn kini, Perdana Menteri Datu Seri Najib berulang kali menlapazkan permintaan MAAF jika Bn pernah melakukan kesilapan, selain itu, Najib membuat rayuan dan pujukan terhadap rakyat untuk memberi peluang dan sokongan kepada Bn; demi kelangsungan hala tuju pembangunan yang telah dirancang sejak lebih 50 tahun lalu dicapai, dan pada tahun 2020, negara akan lepas landas menjadi negara maju.

Najib menyeru setiap undi rakyat adalah penentu masa depan anak cucu semua rakyat; atas sebab itu satu undi untuk BN adalah undi keramat kepada rakyat yang cintakan kedamaian.

Mengundi BN adalah untuk kesinambungan hala tuju pembangunan negara, akan tetapi mengundi pembangkang hanya bertujuan untuk berkuasa agar cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri terpenuhi.

Rakyat negara ini, lebih mementingkan kelangsungan pembangunan negara, berlandaskan kepada perancangan yang telah digariskan lebih lima dekad lalu; tidak semudah apa yang difikirkan pembangkang bahawa rakyat akan terpengaruh dengan taktik mereka dan membutatuli  menyokong; kerana keputusan itu, mengakibatkan negara ini terdedah kepada perancangan cuba-cuba yang dilakukan oleh mereka yang tiada pengalaman mengurus negara.

Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menyedari ini, atas sebab itu mereka berpindah tempat bertanding sebagai alasaan untuk bersara, kerana kekalahan.

1 comment:

Faris Abdat said...

Kita tunggu sahaja ya........ siapa yang terkubur dan siapa yang mengubur.

Bak pepatah Melayu, biar mati berdiri dari hidup melutut. Kalaulah Anwar kalah sekali pun, perjuangan rakyat menentang UMNO-BN tidak akan punah insha allah.

Yang mengerakkan perjuangan ini adalah kerakusan UMNO-BN yang mencuri harta negara serta menindas rakyat jelata. Inilah motivasi rakyat menjatuhkan UMNO-BN.

Rakyat tidak buta, melainkan mereka yang bersengkongkol dengan UMNO-BN. Rakyat sudah melihat perbezaan antara Selangor dibawah BN dan Selangor dibawah PR ; Pulau Pinang dibawah BN dan Pulau Pinang dibawah PR ; Kelantan dibawah BN dan Kelantan dibawah PAS.

Perbezaannya ketara. Setelah Kelantan berasa nikmatnya bersama PAS sejak 1990, masih tetap menyokong parti tersebut walaupun dikatakan Kelantan mundur disebabkan PAS.

Hakikatnya penduduk luar Kelantan mungkin boleh diperbodohkan dengan dakyah UMNO-BN melalui media yang dikuasai UMNO-BN. Namun, rakyat Kelantan tidak boleh ditipu kerana mereka tahu apa yang benar dan apa yang setakat propaganda kerana mereka berdepan dengan realiti kehidupan di Kelantan.

Begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang. UMNO-BN mungkin boleh menipu rakyat di luar Selangor dan Pulau Pinang tetapi UMNO-BN tidak mungkin boleh menipu rakyat Selangor dan Pulau Pinang itu sendiri.

Bilamana rakyat Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang mengekalkan kerajaan PR di PRU-13 nanti insha allah, tentunya rakyat di negeri-negeri lain yang masih dibawah kuasa UMNO-BN akan tertanya-tanya kenapa.

Dan disitulah nantinya segala propaganda UMNO-BN akan sedikit demi sedikit terbongkar.

Persoalannya ialah - dimanakan anda nanti di mata rakyat ? Dimata anak-anak ? Di mata saudara-mara dan sahabat-handai ?

Sebagai seseorang yang kerjanya memperbodohkan rakyat atau seseorang yang menegakkan kebenaran ?



Blog Archive