Latest News

Terkini Operasi Menawan Kg Tanduo- Agbimuddin terselamat

Meskipun operasi memmbebaskan Kg Tanduo daripada cengkaman penceroboh tentera sulu, dikatakan berjaya, namun khabar yang tidak mengembirakan, dikatakan Ketua Penceroboh itu Rajah Muda Agbimuddin Kiram terselamat daripada serangan pihak pasukan keselamatan.

Laporan dari Manlia mengatakan pada tengah hari Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Agbimuddin, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang "beristirahat".

Sementara itu twit daripada Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Zahid Hamidi yang kini berada di Ground Zero, mengatakan bahawa situasi di kedua belah pihak tenang.

Operasi di kg Tanduo sedang berjalan dan dijangka berlarutan hingga ke malam. Pasukan keselamatan menjalankan operasi rumah ke rumah untuk mencari saki baki penceroboh.

Sehingga kini, belum ada pengakuan daripada pihak keselamatan tentang tertangkap atau terkorbannya Agbimuddin. Jumlah korban dipihak peneceroboh juga tidak diketahui.

Pasukan keselamatan negara menggugurkan bom di mana kumpulan itu bersembunyi, namun Agbimuddin mengatakan bahawa bom tidak mengenai kumpulannya. Sejauh mana kebenarnya, sama-sama kita tunggu pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, sebagai Ketua Kepada Operasi ini.

0 Response to "Terkini Operasi Menawan Kg Tanduo- Agbimuddin terselamat"

Blog Archive