Latest News

KEMASKINI: Operasi seterusnya: Terhadap Penceroboh

ATM di Kg Tanduo Lahad Datu
KEMASKINI: Terkini Pihaki Tentera ATM mengambil alih, Polis & Polis Komando diletakkan dibelakang cover. Anggota tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung tersebut....

Dijangka Serangan balas pada waktu tengahmalam ini oleh para tentera ATM. Pemberontak suluk sultan kiram kini dikepung oleh askar dalam bentuk "D" tiada jalan keluar.

Kita Doakan Keselamatan Wira2 Negara Ni Moga Misi Ini Berjaya !!!

KUMPULAN  penecroboh Lahad Datu yang dianggotai lebih 100 yang  berpecah tiga pada malam 12 Februari lalu, berbaki dua kumpulan lagi. Kumpulan yang berlindung di rumah Ahmad Malandi sudah berakhir semalam, apabila berlaku tembak menyembak yang mengorbankan dua anggota komando 69 dan 12 penceroboh yang bersenjata. Laporan awal yang menyatakan bahawa Ketua Kumpulan itu Rajah Muda Agbimuddin Kiram tercedera dinafikan oleh kerajaan Filipina.

Kumpulan yang bersembunyi di kawasan bakau dan berlindung di sebuah surau di kg Tanduo belum menyerah diri, walaupun menurut  laporan daripada Manila semalam, Sultan Jamalul Kiram III yang bertemu dengan utusan kerajaan Malaysia Datuk Datu Amir Kahar Tun Mustapha, kumpulan penceroboh telah bersetuju menyerah diri tanpa syarat.

Hari ini baik Presiden Filipina dan Perdana Menteri Malaysia memberi kata dua kepada baki kumpulan itu agar segera menyerah diri tanpa syarat, jika tidak tindakan ketenteraan bakal diambil.

Pasukan keselamatan negara telah belajar daripada kejadian semalam, atas sebab tertipu maka dua orang anggotanya terkorban bukan melalui pertempuran.

Pengalaman dan kecekapan komando 69, boleh mengelak kehilangan nyawa daripada pasukannya jika berdepan dengan tembak menyembak, namun tipu muslihat pihak musuh menyebabkan kemalangan kepada anggota pasukan itu.

Pada kali ini, pasukan keselamatan yang dianggotai oleh pasukan PGA, Komando 69, Tentera dan Marin, terpaksa berjaga-jaga dari semua aspek, termasuk kejadian semalam tidak berulang.

Jika kumpulan yang bersembunyi di kawasan bakau di kg Tanduo tidak menyerah, pengalaman pasukan keselamatan berdepan bertempur dalam hutan lebih kedepan, kerana pengalaman berhadapan dengan pasukan komunis merupakan kelebihan kepada pasukan keselamatan negara.

Pasukan keselamatan negara telah bertekad akan menggunakan tindakan ketenteraan dalam masa yang sesingkat-singkatnya kerana mengambil iktibar kepada kejadian semalam.

Di sisi undang-undang negara, tindakan penceroboh yang melepaskan tembakan kepada anggota keselamatan negara merupakan jenayah besar apatah lagi menyebabkan kematian sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Tiada penyesalan lagi bagi pihak penceroboh jika mereka mati katak keseluruhannya, kerana masa, peluang telahpun diberikan, termasuk perundingan awal di mana kerajaan Malaysia dan Filipina bersedia berunding berkaitan dengan tuntutan penceroboh itu jika mereka menyerah diri secara aman, keputusan itu sebelum kejadian pada Jumaat.

Namun pada kali ini, semua persetujuan yang telah dicapai semuanya terbatal, dan samada penceroboh itu menyerah diri tanpa melawan akan tetap berdepan dengan undang-undang negara atau Filipina atau mereka akan dihapuskan sama sekali melalui peluru.

Hati dan perasaan pasukan keselamatan sudah terguris, demikian juga rakyat Malaysia kecuali Anwar Ibrahim, Tian chua dan beberapa pemimpin dan penyokong pembangkang atas gugurnya dua perwira negara.

Semoga dalam masa sesingat-singkatnya pasukan keselamatan negara berjaya menyelesaikan pencerobohan ini, kerana ianya merupakan ujian yang besar selepas operasi menghapuskan kegiatan bersenjata komunis di negara ini.

Kita semua hanya mampu mengiringi dengan doa perjuangan pasukan keselamatan negara.

1 Response to "KEMASKINI: Operasi seterusnya: Terhadap Penceroboh"

Nur Emyinda said...

Salam.

YA ALLAH....La ilahailla anta subhanakainni kuntum minazolimin...

YA ALLAH...Engkau selamatkanlah anggota2 keselamatan negara ini; para tentera/polis Malaysia yg mujahid ini dan bumi Malaysia yg tercinta dari kezaliman manusia2 yg rakus.

Amiiinnn...

p/s doaku pastinya berterusan utk kalian wahai perajurit pejuang agama dan bangsa...

Blog Archive