Wednesday, March 27, 2013

Pengganas Sulu Dapat Bantuan Pihak ketiga: Muslimin Sema Pengerusi MNLF

Muslimin Sema
Hasil risikan MNLF (MNLF kini bukan lagi dipengerusikan oleh Nur Misuari) bahawa pengganas sulu yang meneroboh Lahad Datu pada 12 Februari lalu mendapat bantuan pihak ketiga, demikian menurut Pengerusi MNLF Muslimin Sema. Muslimin Sema adalah juga Timbalan Mayor Cotabato City, Mindano.

Menurut Muslimin, Jamalul Kiram III tidak mempunyai keupayaan melakukan tindakan itu, kerana individu yang mengaku Sultan Sulu itu tiada kemampuan daripada segi kewangan.

Selain itu, Nama Royal Sulu Force, tidak pernah kedengaran sebelum ini, nama RSF hanya muncul selepas kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Penceroboh Lahad Datu yang diketuai oleh adik Jamalul kiram III Agbimuddin menceroboh Kg Tanduo pada malam 12 Februari.

Pada 5 Mac Pasukan Keselamatan Negara menjalankan Ops daulat berskala besar dan membunuh 67 pengganas setakat ini.

Dalam perkembangan lain,kg Tanduo kini diistiharkan kawasan yang tidak sesuai diduduki penduduk. Penduduk yang sebelum ini menduduki kampung itu akan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai.

Semalam pihak polis ada membuat kenyataan bahawa pengganas sulu mendapat bantuan daripada beberapa individu daripada Semporna dan Sandakan. Manakala hari ini, KPN Tan Sri Ismail Omar mengesahkan memang pihak polis sedang menyiasat dan menjejaki beberapa individu yang terlibat menghantar kewangan bagi membiayai pencerobohan Lahad Datu.

Pengganas sulu kini, kehilangan arah selepas beberapa pemimpinnya tertangkap dan terbunuh, selain bekalan logistik seperti makanan dan maklumat terputus sejak dua minggu lalu.

Pagi tadi berlaku tembak menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan di Tanjung Batu, namun tiada laporan kemalangan jiwa. Pasukan keselamatan hanya berjaya menemui sepucuk pistol dengan beberapa butir peluru yang ditinggalkan pengganas yang sempat melarikan diri.

No comments:

Blog Archive