Sunday, March 10, 2013

Ops Daulat: Tiada tanda-tanda pengganas sulu menyerah


Foto atas berlingkaran dan bawah panah merah THE LION OF Sulu telah maut
NAMPAKNYA setakat ini tiada tanda-tanda pengganas sulu menyerah. Cubaan mereka memasuki kg Tanjung Labian, yang menyebabkan penduduk panik, dan terserempaknya guru gambar Star dengan pengganas itu, menunjukkan mereka tiada hasrat untuk menyerah.

Walaupun, keganasan militan sulu itu sungguh tidak berperikemanusian, namun setakat ini belum dikhabarkan  mereka menganggu orang kampung.

Setakat ini telah melebihi 100 individu ditangkap sama ada lelaki atau wanita, kerana disyaki bersubahat dan membantu pengganas sulu. Pagi tadi seramai 33 individu ditahan di Semporna, kerana disyaki melindungi pengganas.

Pada 2 Mac seramai 6 anggota polis terkorban kerana diserang hendap di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna, manakala pada 1 Mac dua anggota komnado 69 terkorban di kg Tanduo. 

Setakat ini jumlah anggota keselamatan yang terkorban akibat pencerobohan Lahad Datu, masih tetap, sementara di pihak pengganas pula masih 53 yang maut.

Pada awal bulan lalu dikatakan pengganas yang menecroboh Kg Tanduo Lahad Datu dianggotai lebih 100 orang dan lebih 20 diantara mereka bersenjata. Namun berdasarkan kematian setakat ini, jumlah pengganas yang bersenjata lebih daripada itu.

Kejadian pagi tadi di Kg Tanjung Labian, membuktikan bahawa pengganas yang bersenjata melebih daripada perkiraan awal.

Kerajaan bertekad, untuk menghapus seluruh pengganas sulu di bumi Sabah.

No comments:

Blog Archive