Monday, March 04, 2013

Operasi Kg Tanduo: Satu Fakta Yang Perlu Diketahui

SERANGAN kotor oleh penceroboh ke atas Pasukan Komando 69 pada pagi Jumaat adalah taktik untuk mengabui pasukan keselamatan agar supaya kumpulan itu dapat keluar daripada kepungan.

Benar juga, seramai 224 penceroboh termasuk Rajah Muda Agbimuddin dapat lolos daripada kepungan dan kini diperkirakan telah berpecah ke berbagai lokasi, termasuk di Kg Sri Jaya Simunul, Kunak dan mungkin ke Sandakan.

Namun menurut perisikan tentera, kumpulan itu masih berada di gugusan Felda Sahabat terutama di kawasan Tanjung Labian dan Tanjung Batu. Dua kampung ini berdekatan dengan Kg Tanduo iaitu antara 5-7km.

Dua kampung iatu kg Tanjong Labian dan Tanjung Batu diistiharkan sebagai zon merah oleh pihak pasukan keselamatan bermula jama 15 waktu Malaysia kerana dikesan adanya penceroboh bersenjata.

No comments:

Blog Archive