Wednesday, March 06, 2013

Operasi Kg Tanduo: Penceroboh kini menyamar

Yang membimbangkan pasukan keselamatan kini, adalah sebahagian daripada penceroboh menyamar sebagai penduduk kampung.

Berkaitan dengan tindakan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan pagi tadi, seorang penceroboh berjaya ditembak, namun mayatnya berjaya diselamatkan oleh pihak penceroboh.

Penceroboh kini berlegar-legar dari satu lokasi ke lokasi lain, dan mungkin menyeberang keluar daripada Kg Tanjung Labian dan Kg Tanjung Batu.

Pada awlanya, kawasan operasi hanya dalam keluasan 4km persegi, kini pasukan keselamatan memperluas kawasan operasi.

Dipercayai penyokong Rajah Muda Agbimuddin Kiram menyusup masuk ke dalam kawasan operasi bagi membantu dalam penentangan terhadap pasukan keselamatan negara.

Semalam, jet pejuang negara memulakan operasi dengan melepaskan bom, kemudian diikuti oleh tentera di bahagian darat.

Sebelum operasi itu, Panglima ATM berkata, mereka tidak mengambil mudah kekuatan penceroboh, kerana mereka mahir dalam perang hutan dan gerilia.

No comments:

Blog Archive