Wednesday, March 06, 2013

Operasi Daulat: Jumlah Kematian Penceroboh masih simpang siur

AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan gambar mayat-mayat pengganas Sulu yang ditemukan di dalam sebuah lubang ketika operasi pembersihan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu hari ini. - UTUSAN
Jumlah kematian sebenr daripada pihak penceroboh masih simpang siur. Pada Jumaat dikatakan 12 terkorban apabila berlaku serang menyerang di rumah Ahmad Malandi. Mayat-mayat yang maut itu ditemui dalam satu lubang, seperti mana pada gambar.

Pagi tadi seorang penceroboh berjaya ditembak mati, di Kg Tanduo, menjadikan 13 keseluruhannya.

Pada 2 Mac, seramai enam penceroboh tewas di kg Sri Jaya Sinmunul termasuk seorang yang dibelasah penduduk di Kg Senallang berhampiran Pekan Semporna.

Setakat ini, hanya 19 penceroboh yang dikenal pasti maut. 

Laporan awal menyatakan lebih 100 penceroboh (ada yang mengatakan berjumlah 236 orang). Jika dilihat daripada jumlah mayat, maka saki baki penceroboh masih ramai yang berkeliaran sama ada di hutan di kawasan yang diistiharkan zon merah (Tanjung Labian, Tanjung batu dan Tanduo) atau ada yang sudah menyamar sebagai penduduk, sehingga turut sama berpindah?

No comments:

Blog Archive