Monday, March 11, 2013

Masih Misteri: Ke Mana Agbimuddin Kiram?

SEMALAM di Semporna satu operasi yang melibatkan berbagai anggota elit termasuk UTK, menyerbu Kampung Pinggir Bakau di Semporna. 

Kampung Bakau adalah kawasan yang didiami kebanyakan rakyat Filipina. Penyerbuan kampung itu kerana dipercayai Agbimuddin bersembuyi di kampung itu, selepas berjaya lari dari pada kg Tanduo, pada jumaat, apabila berlakunya tembak menembak antara pengganas itu dengan pasukan komando 69 PDRM.

Operasi yang memakan masa tiga jam di Kg Pinggir Bakau , tidak menjumpai Agbimuddin, sebaliknya operasi itu berjaya menangkap 33 orang lelaki dan 4 wanita. Wanita tersebut dipercayai sebagai mata-mata kepada pengganas sulu, selain membekalkan makanan.

Kemana Agbimuddin? Apa kah adik Kiram itu mempuyai kepakaran melarikan diri? seperti mana dakwaan jurucakap Jamalul Kiram III Abraham Idjarini bahawa Agbimuddin bagaikan seekor musang yang boleh menyusup dan mengelak.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis berkaitan tertangkapnya atau terbunuhnya Agbimuddin. 

Sejak operasi yang bermula 5 Mac lalu, hanya Jeneral Haji Musa Abdulla yang maut bersama 53 yang lain, sementara Ernesto Sambas yang dikatakan bertolak bersama Haji Musa ke Lahad Datu pada 9 Februari lalu, belum ada pengesahan juga apa kah terbunuh atau tertangkap.

Apa kah Agbimuddin masih hidup? jika masih, sudah pasti adalah perkhabaran daripada Jamalul Kiram III, namun setakat ini bermula pada 5 Mac lalu, tiada berita berkaitan Agbimuddin.

Dipercayaai, Agbimuddin dan Ernesto Sambas ON THE RUN bagi mengelak pasukan keselamatan yang memburu mereka.

No comments:

Blog Archive