Wednesday, March 06, 2013

Lahad Datu: Operasi Daulat Masih Diteruskan-seorang lagi Penceroboh ditembak mati

OPS SULU kini disebut OPERASI DAULAT masih diteruskan, walaupun tindakan pasukan keselamatan berskala besar yang dilakukan semalam, dikatakan berjaya.

Operasi rumah ke rumah masih diteruskan. 

Apa yang membimbangkan, penceroboh yang gagal dimusnahkan semalam, kini seperti musang, bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain; selain itu ada juga yang menyamar sebagai penduduk kampung.

Pagi tadi, seorang penceroboh berjaya ditembak dalam operasi rumah ke rumah.

Kawasan Tanjung Labian dan Tanjung Batu kampung berdekatan dengan Kg Tanduo masih berada dalam zon merah, kerana dipercayai ada simpatisan penceroboh menyusup masuk membantu penceroboh Rajah Muda Agbimuddin Kiram.

Sehingga kini, jumlah penceroboh yang maut belum diumumkan, menurut polis, akan diumumkan selepas operasi daulat itu tamat.

No comments:

Blog Archive