Monday, March 04, 2013

Kg Tanjung Labian dan Kg Tanjung Batu: Penduduk dipindahkan-Penceroboh Bersenjata dikesan

Penduduk dipindahkan daripada dua kampung itu sebentar tadi kerana dikesan terdapatnya penceroboh bersenjata di kawasan dua kampung itu.

Kg Tanjung Labian dan Tanjung Batu berjarak antara 5-7 kg Tanduo, di mana penceroboh berkampung pada 12 Februari lalu.

Kejadian tembak menembak pada Jumaat (1/3/2013) menyebabkan sebahagian penceroboh itu (dianggarkan berjumlah 224) lolos dan berpecah ke beberapa kawasan lain, termasuk yang berjaya dibunuh di kg Sri Jaya Simunul pada 2 Mac.

Kawasan dua kampung itu diistiharkan sebagai kawasan merah oleh pasukan keselamatan bermula pukul  15.00 .00waktu Malaysia.

Sementara itu, laporan daripada Manila, Presiden Filipina menyatakan sebentar tadi, kerajaan Filipina menyerahkan sepenuhnya penyelesaian pencerobohan  itu kepada Malaysia.

No comments:

Blog Archive