Saturday, March 16, 2013

Kemaskini Ops Daulat: Seorang lagi ditahan

SEORANG lagi pengganas berjaya ditahan pagi tadi, pada kali ini di kawasan Felda Sahabat.

Kini pengganas dalam keadaan moral yang rendah, berikutan laporan, bahawa Ketua mereka, Rajah Muda Agbimuddin Kiram hanya menjadikan mereka umpan untuk mati katak.

Masuk hari ke-12 Ops Daulat, sejumlah 98 pengganas berjaya ditahan, dan 156 orang yang lain kerana memasuki kawasan larangan.

Pada 9 Februari sepertimana laporan inquirer Net bahawa kumpulan seramai 234 yang diketuai Komander Haji Musa Abdulla telah berlepas daripada Tawi-Tawi dengan menggunakan dua buah boat dan mendarat di Lahad Datu.

Jika berasaskan angka pengganas yang berjaya dibunuh-61 dan ditahan 98, dan 35  berjaya meloloskan diri pada Rabu, maka masih ada 40 lagi pengganas yang belum dikesan setakat ini.

No comments:

Blog Archive