Masih Diburu |
TANJUNG LABIAN: Pagi tadi mortar ditembak ke sasaran yang dipercayai tempat pengganas bersembunyi.
Hari ini tiada kejadian tembak menembak antara pasukan keselamatan dengan pengganas sulu.
Kawasan Operasi diperkecil, dan operasi pembersihan terus berjalan.
Kawasan Tanjung Batu dan sekitarnya masih kawasan merah.
Hari ini masuk hari ke-14 Ops Daulat.58 Pengganas maut. 10 perwira negara gugur. Lebih 200 ditahan kerana disyaki pengikut Jamalul Kiram III.
Agbimuddin terus diburu. Dipercayaai ketua pengganas ini terkepung di hutan dan paya di kawasan Tanjung Labian. Hanya hari atau jam menentukan, akan tertangkapnya adik kepada Jamalul Kiram III itu.
No comments:
Post a Comment