Sebahagian Pasukan Keselamatan di Kg Tanduo |
EKORAN serangan udara pihak pasukan keselamatan yang bermula pukul 2.30 petang tadi, dan tidak berlakunya tembak menembak antara pengganas sulu dengan anggota keselamatan, maka jalan keluar dan masuk bagi Kg Tanduo dan Kg Tg Batu dipertingkat dan diperketat, kerana dikhuatirkan, pengganas cuba mengabui mata pasukan keselamatan, untuk menyusup keluar.
Manakala kawalan ketat dilakukan bagi yang masuk, untuk mengelak bekalan makanan kepada pengganas.
Pengganas kini, mengatur kekuatan dengan cara bersembunyi dan berkumpul semula.
Di laporkan di Manila, pemimpin kumpulan pengganas itu Agbimuddin, belum maut, sepertimana kata Abraham Idjirani jurucakap kepada Jamalul kiram yang mengaku dirinya pewaris Sultan Sulu.
Pihak polis sebelum ini berkata, diantara 52 pengganas yang maut, ada seorang yang berpangkat jeneral berasaskan kepada pakaian yang dipakai.
Sehingga kini, pasukan keselamatan negara belum mengumumkan siapa jeneral yang maut itu, namun berasaskan maklmuat, jeneral itu bukanlah Agbimuddin tetapi salah seorang ketua pengganas.
Disebabkan kematian jeneral itu, maka pihak pengganas kini, seolah-olah tidak melawan, sebab itu sejak pagi ini belum ada kejadian tembak menembak, walaupun bom dilepaskan agar pengganas bergerak untuk menyelamatkan diri.
Dikhuatirkan apabila pada sebelah malam, mereka akan bergerak menyusup keluar daripada persembunyian, atas sebab itu, kawasan merah, Kg Tanduo dan Tg Batu diperketat kawalan.
No comments:
Post a Comment