Tuesday, March 05, 2013

Kemaskini: Operasi Menawan Semua Kg Tanduo

TIDAK diketahui berapa jumlah penceroboh yang maut akibat operasi membebaskan kg Tanduo, di Felda Sahabat, Tungku Lahad Datu yang bermula pada selasa seawal 7 pagi.

Namun munurut polis yang mengetuai operasi itu, memberi tahu, bahawa operasi berjaya sepenuhnya, tanpa melibatkan kehilangan nyawa daripada pasukan keselamatan negara.

Pasukan keselamatan negara telah menggunakan kelengkapan yang ada untuk membebaskan Kg Tanduo yang ditawan pihak penceroboh sejak malam 12 Februari lalu.

Sementara itu, Jurucakap Presiden Benigno Aquino III pada Selasa berkata, Filipina telah melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan pencerobohan di Sabah yang diakhiri dengan keganasan, berikutan Malaysia melancarkan serangan ke atas lelaki bersenjata Sulu di negeri itu.

Sejumlah 27 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sejak pengikut kepada Jamalul Kiram III, pewaris kepada Sultan Sulu menceroboh kawasan itu menggunakan bot pada 12 Februari.

“Kami telah melakukan semuanya sedaya upaya untuk mengelakkan perkara ini, tetapi akhirnya orang-orang Kiram memilih ‘jalan’ ini,” kata jurucakap Aquino, Ricky Carandang mengenai kumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa negeri itu merupakan milik Kesultanan Sulu.

Carandang berkata, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan rakan sejawatnya di Malaysia mengenai krisis keselamatan.

No comments:

Blog Archive