Saturday, March 02, 2013

Kemaskini Kejadian Tembak Menembak di Kg Simunul Semporna

Kemaskini: dua orang anggota polis disahkan tercedera: LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna. Beliau, bagaimanapun, menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah terbabit.

Kemaskini: Tembak menembak di Kg Simunul, Semporna, mungkin ada kaitan dengan operasi (drug raid). Setakat ini, tiada laporan dari pihak mana2 menyatakan bahawa tembak menyebak itu ada hubungan dengan kejadian di Kg Tanduo Lahad Datu pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah serta MP Kota Belud, sekarang berada IPK Kapayan memantau operasi Kg Tanduo dan Semporna. Mereka menasihatkan untuk dapat update, supaya pembaca melayari FB PDRM.

No comments:

Blog Archive