Jamalul Kiram III semakin keras kepala. Walaupun dia mengetahui bahawa pengikutnya semakin ranap, dan jelas tindakannya tidak mendapat sambutan daripada kaum suluk tempatan; dia pula meminta pengikutnya melancarkan perang guerilla di Sabah.
Sabah kini, semakin bersih daripada pengganas sulu, walaupun kurang daripada 50 masih berada dalam hutan.
Pengalaman pasukan negara menghapuskan pengganas komunis, tidak akan mampu ditandingi oleh pengganas sulu, yang kini sudah dikepung di kawasan Tanjung Labian, Sungai Nyamuk dan Sungai Bilis.
Tidak dapat dinafikan, mungkin di masa depan ada pengganas yang berjaya menyusup masuk, namun kewujudan East Sabah Security command (ESSCOM) dan dibantu dengan operasi Pasir, akan meminumkan usaha menyusupan.
Kerjasama penduduk tempatan dengan pasukan keselamatan sangat penting dalam membendung keamsukan pengganas sulu ke Sabah.
Panjangnya pantai Sabah yang meliputi 1,440 km, sangat menyukarkan untuk mengawalnya. Pihak musuh senantiasa mengintai untuk menyusup dengan berbagai cara.
Sementara itu dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan pengganas di Tanjung Batu, masing-masing jam 8.05 dan 9.45 pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata bagaimanapun tiada kecederaan atau kematian di dua pihak terbabit.
1 comment:
hantar james bond 007 tembak kiram laknat ,,kasi mampus,,,,,
Post a Comment