Latest News

Impak Penubuhan ESSCOM/ESSZONE terhadap Keputusan PRU-13 di Sabah

Negara dikejutkan dengan penerobohan Lahad Datu pada malam 12 Februari lalu, apabila lebih 200 orang pengganas menawan Kg Tanduo di mana sebahagian daripada mereka bersenjata antara lain M16, M14 dan pelancar mortar.

Penenceroboh yang diketuai oleh Rajah Muda Agbimuddin Kiram adik kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu.

Ramai yang terperanjat bukan sahaja negara kita malah negara Filipina, kerana untuk pertama kalinya mendengar Royal Sulu Fore (RSF), sedangkan sebelum ini, kita hanya tahu MILF. MNLF atau Kumpulan Abu Sayyap.

Kehadiran RSF di Kg Tanduo Lahad Datu, pada awalnya difikirkan tidak mengancam keamanan, malah pihak polis mahupun kerajaan ada menyatakan bahawa kehadiran penceroboh itu tidak mengancam keselamatan Sabah khususnya dan negara amnya.

Namun selepas 23 hari perundingan, ternyata sangkaan bahawa penceroboh itu tidak mengancam keselamatan ternyata tersasar jauh, apabila penceroboh membunuh dua anggota komando 69 pasukan polis pada awal Jumaat 1 Mac dan kemudian 6 annggota polis lagi pada lewat petang 2 Mac di kawasan yang berasingan.

Kejadian 2 Mac di Kg Sri Jaya Simunul Semporna, malah dinyatakan tidak berkaitan dengan pencerobohan Kg Tanduo.

Pasukan keselamatan hanya mengistiharkan pada 3 Mac, bahawa kejadian di Kg Tanduo dan Kg Sri Jaya adalah berkaitan dan sebab itu, operasi berskala besar dilakukan pada 5 Mac yang diberi sandi Ops Sulu dan kemudian diganti dengan Ops Daulat.

Akibat pencerobohan Lahad Datu, maka pada satu kawasan Keselamatan Khas dibentuk dan dinamakan Eastern  Sabah Security Command (ESSCOM) yang meliputi 10 daerah daripada Kudat hingga ke Tawau dan kawasan ESSCOM dipanggil Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) untuk tujuan perundangan.

ESSZONE dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. 

Pada 1 April seorang Pengarah akan mentadbir urus ESSZONE dan individu pertama yang dilantik adalah Pengarah Imigresin Sabah- Datuk Mohammad Mentek.

Kawasan Lahad Datu adalah Wilayah Barisan Nasional, kerana tradisinya setiap pilihanraya, kawasan tersebut selalu dimenangi calon-calon Bn.

Lahad Datu mempunyai satu Kawasan Parlimen dan 3 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Berikut adalah Keputusan PRU-12 bagi kawasan Lahad Datu

P188 SILAM

Jumlah Pengundi: 40,362
Peratusan Kaum: B/I: 72.30% B/B/I: 12.37% C: 14.37% L: 0.96% 

1. Salleh Kalbi (BN) (18,111) 
2. Dr. Hasbullah Taha (PKR) (8,319) 

Majoriti: 9,792
Jumlah undi: 27,419
Peratus mengundi: 67.93%
Undi rosak: 989

Penyandang: Datuk Samsu Baharun Ab. Rahman (BN)
(Majoriti: 10,748 undi) 

N49 TUNGKU

Jumlah Pengundi: 12,246
Peratusan Kaum: B/I: 69.68% B/B/I: 16.61% C: 12.90% L: 0.81% 

1. Datuk Mohd. Suhaili Said (BN) (4,828) 
2. Jamal Sulai (PKR) (2,446) 
3. Abdul Raja Abdul Mohammad (Bebas) (164) 

Majoriti: 2,382
Jumlah undi: 7,709
Peratus mengundi: 62.95%
Undi rosak: 271

Penyandang: Datuk Mohd. Suhaili Said (BN)
(Majoriti: 4,206 undi) 

N50 LAHAD DATU

Jumlah Pengundi: 21,548
Peratusan Kaum: B/I: 68.60% B/B/I: 10.85% C: 19.65% L: 0.90% 

1. Datuk Datu Nasron Mansur (BN) (8,034) 
2. Zainuddin Zulkarnain (PKR) (4,976) 

Majoriti: 3,058
Jumlah undi: 13,438
Peratus mengundi: 62.36%
Undi rosak: 428

Penyandang: Datuk Datu Nasrun Mansor (BN)
(Majoriti: 5,072 undi) 

N51 KUNAK

Jumlah Pengundi: 9,598
Peratusan Kaum: B/I: 83.83% B/B/I: 10.40% C: 4.48% L: 1.30% 

1. Nilwan Kaban (BN) (5,083) 
2. Bedu Kudusa (PKR) (968) 

Majoriti: 4,115
Jumlah undi: 6,276
Peratus mengundi: 65.39%
Undi rosak: 225

Penyandang: Datuk Jasa Rauddah (BN)
(Majoriti: 1,923 undi) 

Berdasarkan kepada data di atas, Lahad Datu adalah kawasan majoriti bumiputera. Para pengundi terdiri daripada suku kaum Bajau dan Suluk serta sedikit Iranun Idahan serta kokos.

Krisis Lahad Datu yang mengakibatkan 78 kematian, 10 di pihak anggota keselamatan dan 68 pengganas, serta lebih 200 ratus individu ditangkap sedikit sebanyak menganggu emosi rakyat di kawasan itu.

Gangguan emosi itu, mungkin mempengaruhi sikap para penggundi. Usaha kerajaan meningkatkan keselamatan dengan mengwujudkan ESSCOM/ESSZONE serba sedikit meningkatkan keyakinan penduduk di kawasan itu terhadap kerajaan. Faktor ini akan mempengaruhi sikap pengundi kepada kerajaan.

Diperkirakan dengan kewujudan kawasan keselamatan khas di kawasan Pantai Timur akan berimpak positif sokongan rakyat terhadap Bn. 

Adalah dianggarkan bahawa pada PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa, perolehan majoriti calon-calon Bn akan melampui rekod PRU-12 lalu. Ini bererti semua kawasan di Pantai Timur Sabah daripada Kudat hinggalah ke Tawau akan dimenangi oleh calon-calon Bn termasuk kawasan tunggal pembangkang Dun Sri Tanjung, Tawau.

0 Response to "Impak Penubuhan ESSCOM/ESSZONE terhadap Keputusan PRU-13 di Sabah"

Blog Archive