Wednesday, March 13, 2013

Dua Lagi Mayat Pengganas ditemui di Sungai Nyamuk

DENGAN penemuan dua mayat pengganas di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, maka setakat ini telah 58 orang pengganas sulu maut.

Selama 13 hari Ops Daulat, telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan negara, 9 di medan tempur, manakala seorang akibat kemalangan menghantar keperluan pasukan di medan tempur; manakala 9 yang lain tercedera. 

Penumpuhan operasi Ops Daulat kini di Sungai Nyamuk dan Sungai Bilis dalam kawasan Felda Sahabat yang meliputi keluasan 100,000 hektar.

Sementara itu, jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjairani menafikan bahawa komander MNLF Jeneral Haji Musa Abdulla telah maut. Kenyataan ini merupakan satu perang dingin kerana di lapangan, termasuk penemuan mayat yang berpakaian jeneral telah ditemukan; bahkan forensik Polis menyatakan ada satu mayat menyerupai Haji Musa Abdulla.

No comments:

Blog Archive