Wednesday, March 13, 2013

Benar kah 32 Pengganas Sulu berjaya melepaskan diri?

ADALAH mencurigakan satu laporan daripada Bongao, Tawi-Tawi , bahawa dua boat bermuatan 32 orang pengganas sulu berjaya menyelenap keluar daripada kepungan angkatan bersenjata Malaysia. Salah satu boat berpenumpang 18 orang termasuk seorang wanita yang tidak dikenali identitinya; sementara sebuah boat lagi berpenumpang 14 pengganas.

Menurut Western Mindano Commad Chief Lt, Gen. Rey Ardo dua buah boat itu dipintas 12.96km daripada perairan Sabah.Dua boat itu berjaya dikesan oleh kapal peronda Filipina Patrol Ship 38 pada rabu pagi berdekatan pulau Taganak.

Dalam boat itu didapati membawa berbagai jenis senjata termasuk M16, senapang patah dan empat mortar.

Penumpang dua boat itu dipercayai pengikut Jamalul Kiram, kerana ada beberapa orang didapati cedera dan mereka dalam keadaan cemas.

Namun sebelum itu, seorang jurucakap tentera laut Filipina Lieutenant Commader Greory Fabic berkata seramai 35 orang berjaya disekat oleh Patrol Boats BRP Mariano Alvarez dan Jose Andrada sekitar pukul 6.30 pagi rabu di bahagian barat Andulingan.

Berasaskan dua laporan yang berbeza itu, AYT rasa kejadian ini merupakan satu propaganda, untuk melemahkan semangat pasukan marine yang menjaga perairan konflik sejak 1 Mac lalu.

AYT yakin, tiada pengganas yang terlepas apatah sehingga dua boat, tanpa dikesan, sedangkan sebelum ini, sebuah sampan yang cuba mendekati pantai Tanjung Labian yang mendakwa sebagai nelayan, berjaya ditahan.

No comments:

Blog Archive