Friday, March 15, 2013

Agbimuddin masih misteri

Setakat ini belum ada berita berkaitan Agbimuddin, baik daripada keluarganya di Manila, mahupun Pasukan Keselamatan Negara.

Ada yang mengatakan bahawa Agbimuddin masih bersembunyi di kawasan hutan Tanjung Labian, kerana ketua pengganas sulu itu gagal memboloskan diri.

Daripada laporan di Manila, 36 pengganas yang berjaya ditahan oleh angkatan laut Filipina pada Rabu  di perairan Tawi-Tawi termasuk seorang wanita, nama Agbimuddin tidak disebutkan.

Agbimuddin individu yang paling dikehendaki masih berstatus misteri hingga kini, walaupun orang nombor duanya Jeneral Haji Musa Abdulla telah berjaya dibunuh.

Sabah bukanlah asing bagi Agbimuddin, kerana adik kepada Jamalul Kiram itu memang mengetahui selok belok negeri, terutama kawasan Pantai Timur Sabah.

Satu andaian yang mungkin ada kebenaran, ada besar kemungkinan Agbimuddin telah menyusup keluar daripada Kg Tanduo sebelum 1 Mac atau sebelum 5 Mac, apabila serangan berskala besar dijalankan, atau Agbimuddin telah maut, namun mayatnya belum ditemui.

Seorang ketua, biasanya tidak akan sekumpulan dengan pengikutnya, atas sebab itulah melalui mayat-mayat yang ditemukan termasuk penemuan kubur besar, mayat Agbimuddin tidak dijumpai.

Hanya Pasukan Keselamatan Negara yang mampu merungkai di mana Agbimuddin.

No comments:

Blog Archive