Latest News

Tentera Sulu di Kg Tanduo: Masih jauh dari penyelesaian

Lokasi Kg Tanduo
Don't know whether to believe or not, sms has been circulating warning people not to be around town areas at around midnight tonight in LD, Kgau & KK. This has to do with the LD standoff. With the firecrackers exploding everywhere, how do we know the difference? I hope this is a CNY hoax....:)
Pesanan ringkas seperti ini sudah menerja orang ramai, ekoran pencerobohan Tentera sulu di Kg Tanduo Lahad Datu pada selesa lalu.

Apa yang mengenmbirakan, telah enam hari kejadian itu berlaku, tiada kejadian yang tidak dingini berlaku, teramasuk kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda.

Namun demikian, masa, tenaga dan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan melalui pasukan keselamatan, memang tinggi, kerana bukan sahaja mobilisasi pasukan di sekitar kampung yang dikepung itu, malah rondaan kawasan perairan terpaksa dipertingkatkan untuk memantau semua kemungkinan.

Mereka yang memprovokasi pasukan keselamatan negara, mereka-reka cerita dan menyebarkan khabar angin, tujuannya agar orang ramai menjadi resah dan gundah.

Walaupun kejadian pencerobohan itu berlaku di Lahad Datu, namun kedudukan kampung yang diduduki apa yang dipanggil tentera sulu itu, jauh daripada pekampungan penduduk apatah lagi Bandar Lahad Datu.

Kg Tanduo adalah perkampungan yang terletak kira-kira 100km daripada Lahad Datu, dan kampung itu tidak ramai yang mendiaminya.

Walaupun pihak Polis/kerajaan telah menyatakan semalam, bahawa rundingan antara kumpulan penceroboh itu sudah berakhir, namun kenyataannya hingga kini, belum ada tanda-tanda kumpulan itu akan meninggalkan tempat di mana mereka berkampung.

Malah laporan dari Manila mengatakan, bahawa "pewaris" Kesultanan Sulu, bahawa kumpulan itu tidak akan meninggalkan kawasan itu, kerana kononnya kawasan itu kepunyaan nenek moyang mereka.

Menteri dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein yang kini berada di Kota Kinabalu dan akan ke Lahad Datu awal pagi esok, meminta orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi atau mendengar khabar angin berkaitan dengan kejadian pencerobohan itu, kerana pihak pasukan keselamatan negara sedang menangangi dengan saksama.

Di pihak kerajaan menurut Hishamuddin, tidak menginginkan sebarang kejadian pertumpahan darah, atas sebab itu dari awal lagi, kerajaan berusaha menelesaikan kejadian itu secara rundingan.

0 Response to "Tentera Sulu di Kg Tanduo: Masih jauh dari penyelesaian"

Blog Archive